Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 29 Julai 2009

SOLAT KE NI???

Beberapa minggu lalu, abang saya menunjukkan video ini dan meminta pandangan saya. Saya terkedu...bukan nak tahu siapa orangnya, tapi nak tahu apa yang sedang dikejarnya atau apa yang sedang difikirnya.

Orang yang mendirikan solat secara sempurna akan tenang hati dan jiwanya. Malah dalam segala tindak tanduknya bagaikan terpimpin dan terpelihara. Berbeza dengan orang yang solat sekadar memenuhi tuntutan, dan jauh pula jika dibandingkan dengan orang yang langsung meninggalkan solat.

Apapun yang kita fikirkan, kita harus sedar dan insafi mengapa kita solat. Tanya iman kita balik, kenapa kita mendirikan solat. Kalau berlainan daripada landasan syariat, wajib kita perbetulkan. Supaya kita dapat menikmati kemanisan beribadah ini.

5 ulasan:

Unknown berkata...

kita terbentuk oleh solat?

Unknown berkata...

dia buat 5 rakaat kan?

Unknown berkata...

takde tahyat awal?

Tanpa Nama berkata...

salam

cuma ingin menegur, kenapa mesti terus percaya pada gambar tanpa menyiasat kesahihan video ini?

mungkin juga pengikut mazhab lain?

tadabbur kembali surah alHujraat.

moga Allah ampuni dosa kita.
Allahua'lam~

ACHTUNG! berkata...

Salam "Tanpa Nama"...

Terima kasih dengan ulasan dan komen anda. Sayang sekali, tiada "link" untuk kita bertukar-tukar pandangan dan saling berkenalan. Nak juga ke halaman blog anda. Kan lagi manis kalau berziarah dengan memperkenalkan diri, tak gitu.

Apa pun terima kasih sekali lagi. Untuk makluman "Tanpa Nama", bukan kita mentah-mentah percaya dengan kesahihan video tersebut. Pemaparannya adalah bertujuan mengumpulkan pandangan berhubung perkara tersebut. Rasanya lebih baik tuan "Tanpa Nama" terus huraikan sedikit berdasarkan surah yang tuan "Tanpa Nama" maksudkan. :) Dalam surah tersebut, tiada pula panduan solat yang membenarkan solat seperti dalam video. :) Apa kata "Tanpa Nama"?

Harap tunjuk ajar dengan rasa rendah diri. :)

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design