SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD S.A.W, KAUM KERABAT JUGA PARA SAHABAT BAGINDA SEKALIANNYA.
Ingat lagi tak kisah mukjizat Rasulullah S.A.W kepada musyrikin Mekah. Suatu ketika mereka yang tidak mempercayai seruan Islam meminta Baginda junjungan menunjukkan suatu keajaiban sebagai bukti Baginda adalah nabi Allah. Dengan izin Allah, saat malam itu bulan yang sedang mengambang penuh Baginda belah sehingga menjadi dua bahagian. Sebahagian dilihat di Bukit Safa dan sebahagian di Bukit Kaikaan.
Sungguhpun begitu, ada yang tidak percaya dan mengatakannya sebagai sihir. Abu Jahal meminta Baginda menunggu hingga penduduk Albadiah datang ( dari sebuah kawasan lain ). Mereka akan meminta persaksian mereka dari kawasan lain, adakah benar-benar bulan terbelah.
Apabila penduduk Albadiah sampai, mereka menyatakan kesaksian mereka dengan mengakui melihat perkara yang sama! Namun... seperti yang termaktub di dalam Surah Al-Qamar, nyata mereka tetap ingkar dengan seruan Baginda.
Gambar di atas adalah bukti penemuan garis lilitan ( bekas belahan ) pada bulan yang kekal sehingga kini yang dikenali sebagai "Rocky Belt".
Jika ada keraguan dan kesalahan pada post ini sila e-mail : anuarjuwahir@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan