Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Khamis, 9 Julai 2009

Bahtera Nabi Nuh

Kali ini saya bawakan satu lagi kisah nabi, iaitu tentang Nabi Nuh Alaihissalam. Saya suka mengabadikan bahan-bahan sebegini untuk rujukan dan tatapan pada masa akan datang. Pada masa yang sama saya juga ingin kongsikan bahan-bahan ini kepada para pengunjung kerana mungkin ada di antara kita yang mungkin belum pernah terbaca atau melihat dengan lebih dekat tentang perkara yang saya bawakan ini.

Kisah "Bahtera Nabi Nuh Alaihissalam", suatu kisah yang sering kita dengar dari mulut ustaz dan ustazah kita semasa di bangku sekolah. Namun kita hanya dapat imaginasikan berdasarkan khayalan kanak-kanak kita pada masa itu.

Zaman berlalu, dengan teknologi yang ada, satu demi satu penemuan sejarah ditemui. Sekalipun penemuan tersebut bukan dari kalangan "kita" (umat Islam), namun kita perlu bersyukur kerana ada hikmah di sebalik penemuan oleh pihak mereka. Siapa tahu akan jadi asbab hidayah buat mereka.


Pada tahun 1960, sebuah majalah Life Magazine melaporkan penemuan kesan seperti sebuah kapal laut yang sangat besar di puncak gunung Ararat oleh Pesawat Tentera Nasional Turki. Panjangnya kira-kira 437 kaki. Pada tahun 1977 pula, sebuah " Tim Antropologi" di bawah pimpinan Prof. Ron Wyatt telah menemui bukti kebenaran kisah ini.

Pergunungan Ararat. Lihat ketinggian gunung ini. Di mana lokasi bahtera tersebut?

Bulatan menunjukkan lokasi dipercayai bahtera tersebut.
Gambar dari udara lokasi di kawasan pergunungan.


Foto-foto lain berkaitan bahtera ini.



Kelebaran bahtera tersebut dapat dibayangkan menerusi gambar berikut

Kerja-kerja pengukuran sedang dijalankan.


Berikut adalah gambaran bentuk bahtera Nabi Nuh AS menurut pandangan para pakar arkeologi tersebut. Terdapat pelbagai versi rekabentuk baik rekabentuk luaran mahupun dalaman. Namun Allah jua yang maha mengetahui bentuk sebenar bahtera ini. Di dalam bahtera inilah sedikit umat Nabi Nuh AS diselamatkan Allah SWT bersama ratusan binatang yang diambil secara berpasangan mengikut jenis. Mereka terselamat dari bencana banjir dahsyat dengan ombak setinggi gunung.

Variasi rekabentuk bahtera menurut pandangan para penyelidik.





Lihat perbandingan ukuran perahu dengan Pesawat Jumbo 747.
Apa yang dipaparkan moga menambahkan keimanan kita kepada keagungan dan kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah maha berkuasa di atas segala perkara. Sepelik-pelik perkara pada waras akal manusia, tidak pula mustahil disisi Allah. Jika Allah menghendaki sesuatu perkara, ia pasti berlaku dan terjadi. Setiap sesuatu yang diciptakanNya pula pasti ada hikmah yang tersembunyi.


1 ulasan:

Unknown berkata...

semoga kita semakin dekat dengan DIA.

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design