Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 15 Julai 2009

Hitler Cipta Stealth Fighter Sebelum U.S

B-2 Spirit


Horten 2-29


Kenal kan B-2 Spirit stealth bomber kat atas tu kan? Alaa yang banyak digunakan masa US hentam Iraq tu... Pesawat tersebut kalis radar dan sukar ditembak jatuh melainkan sebilangan kecil. Gambar kedua tu tentu tak pernah nampak kan? Horten 2-29! Macam stealth model baru kan? Mari kita explore senjata sulit Hitler!


Rangkaian National Geographic akan menyiarkan dokumentari yang menunjukkan Jerman sudah membina pesawat mirip Stealth milik Amerika Syarikat (AS) ketika di zaman pemerintahan Adolf Hitler. Pesawat itu sudah dibina 30 tahun lebih awal sebelum AS berjaya memajukan teknologi kalis radar yang digunakan oleh pesawat Stealth.
Namun, jurutera-jurutera tentera Nazi cuma sempat membina tiga prototaip pesawat itu dan gagal meneruskan pembinaan secara besar-besaran kerana tewas dalam Perang Dunia Kedua.Pesawat yang dikenali sebagai Horten 2-29 itu melalui ujian pertama pada Mac 1944 manakala kos pembinaannya ialah AS$250,000 (RM885,001) dengan menggunakan enjin BMW 003A.
Blueprint Horten 2-29
Beberapa pakar menyatakan jika pesawat itu dikeluarkan secara besar-besaran pada masa tersebut, kemungkinan pPerang Dunia Kedua akan dimenangi oleh Jerman.
Mari saksikan video berikut :
Bayangkan kalau Nazi sempat buat banyak lagi Horten 2-29 masa tu... silap-silap abis USA kena jajah.
Suatu ketika umat Islam disegani kerana kredibilitinya, digeruni kerana keupayaan dan kekuatan ketenteraannya. Kini, tinggal sejarah. Negara Islam yang kaya kini, sibuk menikmati syurga dunia, dan takut mati. Sayang kan?! Entah bila kegemilangan Salahuddin Alayyubi akan berulang kembali...

1 ulasan:

Unknown berkata...

sudah semakin hampir.

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design