Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Khamis, 2 Julai 2009

Matahari bayangan Neraka


Api, telah Allah ciptakan dengan seribu satu hikmah. Dengan api manusia jadi sempurna hidupnya, dengan api juga kehidupan manusia boleh musnah. Dengan api manusia mensyukuri nikmat TuhanNya, dengan api juga Allah azab manusia yang mengkufuri nikmatNya.



Api neraka?
Allah ciptakan untuk hambaNya yang ingkar.
Bagaimana rupanya?
Wallahu alam...hanya Allah jua yang maha mengetahui.

Bayangkan matahari yang merupakan sebuah bola api yang nyata tersangat panas.

Ni baru imej matahari pada jarak 5000km.

Neraka? na'uzubillah. ..

Teringat pula pasal warna api neraka, dari merah, dibakar 1000 tahun, bertukar putih. Lalu dibakar 1000 tahun lagi, terus bertukar warna hitam.... masya Allah, tengok tu warna hitam... yg itulah part paling panas ...berapa juta celciuslah agaknya tu....imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope.

Moga ciptaan Allah ini menginsafkan kita. Jangan jadi hambaNya yang asyik nak kena ugut baru jadi baik!!!

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design