Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Isnin, 13 Julai 2009

Khidmat Masyarakat 2009

SABTU : 11 Julai 2009 : 8.00am - 12.00pm
Khidmat Masyarakat KRS Tingkatan 2
Alhamdulillah, projek yang sarankan oleh Ustaz Azri telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya 100%. Tahniah kepada beliau dan juga guru lain yang turut sama membantu iaitu Ustazah Nirwana. Kesemua peserta memberikan kerjasama dan komitmen secara optimum dan mereka senang kata bolehlah dipuji. Hasil pemantauan dan pemerhatian, didapati para peserta dapat berkomunikasi dengan para penduduk kampung dengan baik. Malah mereka turut dilayan dengan istimewa oleh para penduduk kampung. Hmmm, tak kurang juga ada yang dihidangkan dengan cempedak goreng setelah berhempas pulas membersihkan kawasan.

Kepada para penduduk kampung yang sudi memberikan peluang kepada para peserta diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Sesungguhnya peluang tersebut telah memberi ruang kepada para peserta menimba pengalaman yang sukar diperolehi demi untuk masa depan mereka.

Berikut adalah antara gambar yang dirakam menggunakan telefon bimbit buatan Malaysia. Minta maaf sangat-sangat kerana kualiti gambar yang "kureng" sikit. Sebab tu saya kecilkan gambar ni.

Semoga pengalaman yang diberi tidak dibiarkan menjadi sebahagian catatan perjalanan hidup yang dilupakan. Moga aktiviti seperti ini mematangkan dan meluaskan minda para peserta. Tahniah atas kejayaan program ini.

2 ulasan:

Unknown berkata...

seronok je kan.boleh buat lagi ni.

zaj berkata...

salam, kan bagus jika sekiranya mereka begitu prihatin mcm tu sekali thadap asrama mereka kat hidayah tu ha... xtau la sekarang nih. mungin dah berubah kot... masa ana jadi warden dulu memg nanti disuruh budak2 tu nak bersihkan tempat sendiri... huhu..

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design