Sesungguhnya tangan-tangan manusia itu sendiri yang mendatangkan kerosakan dan kemusnahan...
Benarlah bagai dikata bahawa manusia sememangnya tidak pernah merasa puas dengan apa yang mereka miliki. Padahal apa yang telah dimiliki bukanlah hak milik mutlak manusia itu sendiri. Bumi yang Allah izinkan kita diami bukanlah milik manusia, sebaliknya Allah jadikan amanah untuk manusia berfikir dan mentadbirnya dengan cara yang terbaik. Kebaikannya adalah untuk manusia, bukan untuk Tuhan yang Esa.
Begitu juga dengan anggota badan dan seluruh pancaindera, bukan juga milik manusia, bahkan pinjaman sementara yang perlu dikawal agar hanya melakukan kebaikan dan kebajikan.
Tengoklah apa dah jadi dengan penduduk Seasalter, Kent, Britain; Gavin Paslow yang merupakan salah seorang daripada ribuan manusia yang tidak puas dengan apa yang telah Tuhan ciptakan. Menurut laporan, beliau membelanjakan wang sara hidup dan perumahan berjumlah 3,552.00 paun ( RM 20,861 ) semata-mata untuk menjadikan wajahnya seperti syaitan. Pelik kan???
Tapi "keseronokan" beliau yang berusia 39 tahun itu bertukar menjadi perkara yang menyusahkan dirinya sendiri kerana dijatuhi hukuman "berkurung" oleh pihak berkuasa dari jam 5 petang hingga jam 5 pagi di rumah di samping memakai tag elektrik agar pergerakannya dikesan. Duda kepada dua anak ini menyesal dan mengakui kebodohannya.
Sudah terhantuk baru nak tergadah!
Begitulah seringkali diungkapkan kepada manusia. Dah terkena baru nak berfikir. Moga kita sentiasa tergolong di dalam golongan manusia yang bersyukur, agar nikmat yang Allah pinjamkan ini dapat kita gunakan sebaiknya hingga ke akhir hayat. Patutnya si Paslow ni kena bersyukur kerana memiliki wajah. Jangan sampai Allah tarik nikmat wajah tu sampai jadi macam wanita di bawah yang diserang sejenis penyakit, nauzubillahi minzalik!!!
Tumini yang tinggal di Desa Nglanduk, Kecamatan Wungu, Kabupaten Madiun, Jatim, Indonesia mengalami penyakit aneh sehingga wajahnya hilang dan berlubang sedalam 10cm. Masih hidup, dan menurut suaminya Marto, isterinya menderita penyakit tersebut sejak 30 tahun lalu dan dikesan sejak berusia 20 tahun. Menurut kajian doktor, ia merupakan salah satu daripada kanser yang tidak dirawat. Mungkin faktor kemiskinan menjadi punca ia merebak.
Apapun, kita sebagai manusia "perlu" bersyukur dan jangan sekali-kali merungut dengan wajah kita yang tak hensem, tak jelita... jangan sekali-kali mengeluh atas setiap suatu yang Allah ciptakan. Kelak Allah tarik balik dan berikan sesuatu yang lebih teruk sebagai pengajaran yang kita sendiri belum tentu terpikul. Jadilah kita manusia yang bersyukur. Pasti Allah akan tambahkan nikmatNya kepada hamba yang berterima kasih.
1 ulasan:
alhamdulillah.
Catat Ulasan