Khamis, 30 Julai 2009
SAMI SEMBAHYANG DI MASJID???
Saya amat terkejut dengan penemuan gambar-gambar ini. Di mana lokasi dan negara mana saya pun tak dapat temui.
Cumanya saya minta pandangan para pembaca untuk memberikan sedikit feedback berhubung perkara ini...
Musykil sangat-sangat ni.
TENTERA GUNA BURUNG GARUDA ???
Burung Garuda...pernah dengar? Mitos yang selalunya dikaitkan dengan kemusnahan besar-besaran bila dia menyinggah di suatu tempat. Hmmm...sekali zaman sekarang pun ada la. Real lagi. Cumanya dibuat dari besi! Kemusnahan yang bakal diberi adalah hasil dari peluru berpandu dan chaingun yang dibawanya.
Terfikir pula saya...dalam situasi "aman" negara kita sekarang, apakah yang sedang dirancang oleh musuh-musuh Islam? Apakan strategi yang mereka aturkan kini untuk memusnahkan kita umat Islam di Malaysia???
Semoga pemimpin Malaysia tidak terlalu berada di zon selesa! Moga mereka turut memikirkan "sesuatu" .
Jangan dah terantuk baru nak tergadah!!!
IWAK GEDI ! ! !
( Bahasa Jawa )
Subhanallah, besarnya ikan yang mereka perolehi ni. Ini yang berjaya di tangkap, yang ada lagi tinggal tu entah macamana besar agaknya kan???
Yang pasti, perbanyakkanlah syukur dan pujian ke hadrat Allah atas kemurahanNya memberikan kita pelbagai nikmat dan kemudahan.
Hmmm...kalau makan sekeluarga ikan tu, berapa lama agaknya mau habis? :D
Rabu, 29 Julai 2009
KENAPA KENA BACA DOA MASUK TANDAS?
Doa masuk tandas memang biasa kita baca. Budak kecik pun pandai baca. Tinggal lagi kita baca kekadang dengan tak memahami maknanya, baca sambil lewa dan baca masa masuk je atau sebaliknya. Apatah lagi kalau dah dalam situasi emergency kronik, doa kemana, "bahan organik" tu pun entah ke mana... :D
Padahal doa tu sebenarnya untuk kita minta Allah lindungi dan pelihara kita dari perkara yang memudaratkan kita sendiri. Hmm...kalau tak mau minta perlindungan, cuba tengok apa jadi kalau kita "sebat" semacam untuk menyahut seruan alam tu...
Itu kalau kita dah terperasan ada makhluk tu! Kalau dah duduk dan dah @$%$$#%...tak ke naya??? Setiap yang Baginda Junjungan ajarkan, setiap sunnah yang ditinggalkan, pasti ada hikmah dan kebaikan kepada kita. Marilah kita amalkan adab-adab berhadas seperti sunnah Nabi S.A.W. :D
SOLAT KE NI???
Beberapa minggu lalu, abang saya menunjukkan video ini dan meminta pandangan saya. Saya terkedu...bukan nak tahu siapa orangnya, tapi nak tahu apa yang sedang dikejarnya atau apa yang sedang difikirnya.
Orang yang mendirikan solat secara sempurna akan tenang hati dan jiwanya. Malah dalam segala tindak tanduknya bagaikan terpimpin dan terpelihara. Berbeza dengan orang yang solat sekadar memenuhi tuntutan, dan jauh pula jika dibandingkan dengan orang yang langsung meninggalkan solat.
Apapun yang kita fikirkan, kita harus sedar dan insafi mengapa kita solat. Tanya iman kita balik, kenapa kita mendirikan solat. Kalau berlainan daripada landasan syariat, wajib kita perbetulkan. Supaya kita dapat menikmati kemanisan beribadah ini.
NASA BERCERITA TENTANG KIAMAT?
Post yang lalu ada khabar tentang maklumat yang terselindung di sebalik kenyataan NASA tentang hakikat sebenar planet marikh. Kali ni NASA pula keluarkan kenyataan kemungkinan akan berlaku kemusnahan sebahagian besar permukaan bumi pada 1 Februari 2019. Lepas tu, teorinya seperti dalam gambar berikut.
Mereka mendakwa bumi akan dihentam oleh sebuah asteroid dikenali 2002 NT7. Kesannya mungkin lebih dahsyat dari yang dialami masa zaman "dinasour" dulu.
Tapi itu kata NASA. Apa pula kata kita tentang akhir zaman? Masih sibuk dengan rancangan tv? Sibuk dengan drama bersiri? Sibuk PS3? Sibuk main bola? Sibuk dengan macam-macam perkara yang mengurangkan masa kita dengan Tuhan yang menciptakan kita???
Biarlah NASA dengan teorinya, dan kita pula perlu pertingkatkan usaha memperbaiki diri. Moga kita tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yang rugi.
Uji Otak Kita
Bila Manusia Tidak Bersyukur
Sesungguhnya tangan-tangan manusia itu sendiri yang mendatangkan kerosakan dan kemusnahan...
Benarlah bagai dikata bahawa manusia sememangnya tidak pernah merasa puas dengan apa yang mereka miliki. Padahal apa yang telah dimiliki bukanlah hak milik mutlak manusia itu sendiri. Bumi yang Allah izinkan kita diami bukanlah milik manusia, sebaliknya Allah jadikan amanah untuk manusia berfikir dan mentadbirnya dengan cara yang terbaik. Kebaikannya adalah untuk manusia, bukan untuk Tuhan yang Esa.
Begitu juga dengan anggota badan dan seluruh pancaindera, bukan juga milik manusia, bahkan pinjaman sementara yang perlu dikawal agar hanya melakukan kebaikan dan kebajikan.
Tengoklah apa dah jadi dengan penduduk Seasalter, Kent, Britain; Gavin Paslow yang merupakan salah seorang daripada ribuan manusia yang tidak puas dengan apa yang telah Tuhan ciptakan. Menurut laporan, beliau membelanjakan wang sara hidup dan perumahan berjumlah 3,552.00 paun ( RM 20,861 ) semata-mata untuk menjadikan wajahnya seperti syaitan. Pelik kan???
Tapi "keseronokan" beliau yang berusia 39 tahun itu bertukar menjadi perkara yang menyusahkan dirinya sendiri kerana dijatuhi hukuman "berkurung" oleh pihak berkuasa dari jam 5 petang hingga jam 5 pagi di rumah di samping memakai tag elektrik agar pergerakannya dikesan. Duda kepada dua anak ini menyesal dan mengakui kebodohannya.
Sudah terhantuk baru nak tergadah!
Begitulah seringkali diungkapkan kepada manusia. Dah terkena baru nak berfikir. Moga kita sentiasa tergolong di dalam golongan manusia yang bersyukur, agar nikmat yang Allah pinjamkan ini dapat kita gunakan sebaiknya hingga ke akhir hayat. Patutnya si Paslow ni kena bersyukur kerana memiliki wajah. Jangan sampai Allah tarik nikmat wajah tu sampai jadi macam wanita di bawah yang diserang sejenis penyakit, nauzubillahi minzalik!!!
Tumini yang tinggal di Desa Nglanduk, Kecamatan Wungu, Kabupaten Madiun, Jatim, Indonesia mengalami penyakit aneh sehingga wajahnya hilang dan berlubang sedalam 10cm. Masih hidup, dan menurut suaminya Marto, isterinya menderita penyakit tersebut sejak 30 tahun lalu dan dikesan sejak berusia 20 tahun. Menurut kajian doktor, ia merupakan salah satu daripada kanser yang tidak dirawat. Mungkin faktor kemiskinan menjadi punca ia merebak.
Apapun, kita sebagai manusia "perlu" bersyukur dan jangan sekali-kali merungut dengan wajah kita yang tak hensem, tak jelita... jangan sekali-kali mengeluh atas setiap suatu yang Allah ciptakan. Kelak Allah tarik balik dan berikan sesuatu yang lebih teruk sebagai pengajaran yang kita sendiri belum tentu terpikul. Jadilah kita manusia yang bersyukur. Pasti Allah akan tambahkan nikmatNya kepada hamba yang berterima kasih.
Jumaat, 24 Julai 2009
Langgan:
Catatan (Atom)