Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Sabtu, 21 Ogos 2010

BETUL KE ADA KETUPAT LEMBU ?


Saya pernah dengar orang tua-tua bercerita tentang kepelbagaian jenis ketupat warisan. 1)Ketupat lembu ( ada yang panggil ketupat kambing ),
2)Ketupat Bantal,
3)Ketupat Daun Apong,
4)Ketupat Bawang,
5)Ketupat Belimbing,
6)Ketupat Burung,
7)Ketupat Jantung,
8)Ketupat Jering,
9)Ketupat Kumang,
10)Ketupat Lepas Niat,
11)Ketupat Lepas Niat (Betina),
12)Ketupat Lepas Niat (Jantan),
13)Ketupat Piramid,
14)Ketupat Sate / Pasar,
15)Ketupat Segi Tiga,
16)Ketupat Simpul,
17)Ketupat Telok Manuk,
18)Ketupat Pasar,
19)Ketupat Bawang,
20)Ketupat Ketam
21)Ketupat Manggis
22)Ketupat Tanduk
23)Ketupat Penyu dan bermacam-macam lagi.

Kadang-kadang nama berbeza tapi jenis anyaman ketupatnya adalah sama. Kadang-kadang namanya sama tetapi lain pula rupanya. Namun disebabkan ia memerlukan teknik anyaman dan kemahiran, maka banyak daripadanya tidak dapat diwariskan.

Ingat cerita Upin dan Ipin? Ketupat yang Tok Dalang hidangkan. Saya fikir macam mustahil untuk dilihat secara realiti, tapi cuba lihat gambar berikutnya.

Tok Dalang dengan Ketupat Lembunya


Gambar Sebenar Ketupat Lembu ( ada yang panggil Ketupat Kambing )
Sumber gambar : Ajak Qahiri

Ketupat yang masih popular sehingga kini, Ketupat Jantung, Ketupat Bawang, Ketupat Pasar @ Sate dan Ketupat Centong. Sehingga kini saya masih mempelajari teknik membuat Ketupat Bantal dengan Puan Baniah ( ibu saya daaa... ), tapi... percayalah, nak muntah!!!

Berikut gambar kepelbagaian jenis ketupat yang saya kongsikan daripada sebuah website ( http://www.aradiacorp.com/ ),...Mohon izin siar semula

Ketupat Lepas Niat (Betina-kiri ) (Jantan-kanan),

Ketupat Pasar/Sate & Jantung

Ketupat Sate tapi guna Daun Apong

Ketupat Simpul

Ketupat Telok Manok ( daun Pandan )


Ketupat Beliung

Ketupat Burung

Ketupat Jantung (1 daun & 2 daun )

Ketupat Jering

Ketupat Kumang

Ketupat Piramid

Ketupat Bawang 1 dan 2 daun

Ketupat Belimbing

Tiada ulasan: