Tanjung Puteri
Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri
( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja
Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri
Pernah nyanyi lagu di atas? Bagi warga Johor, lagu ni tak boleh tak tahu ya!
Siapa Si Bongkok yang dimaksudkan?
Si Bongkok merupakan pahlawan yang sebaris dengan Tok Janghut, Dato' Bahaman dan Mat Kilau. Namun namanya tidak semasyhur pahlawan lain yang turut mempertaruhkan nyawa dalam melawan penjajah Inggeris suatu ketika dahulu. Kekurangan sumber maklumat yang jelas dan terperinci mungkin menjadi salah satu faktor yang menjadikan masyarakat hari ini kurang mengenali beliau. Namun itu bukanlah alasan. Jikalau negara-negara barat sibuk mengetengahkan berpuluh tokoh dan pahlawan mereka di mata dunia, tanpa kita sedar kita turut mengagumi mereka. Movie seperti King Arthur dan Braveheart mengetengahkan pahlawan mereka yang tidak ada kaitannya dengan kita. Tapi mengapa mereka ketengahkan juga? Sebab mereka bangga dengan sejarah. Mereka menyumbang modal untuk mendapatkan maklumat tentang tokoh tersebut. Kita? Banyak alasannya kan.
Jadi, berdasarkan catatan perjalanan En. Abdul Latip Bin Talib ( pengarang buku yang masyhur ), beliau telah berusaha sendiri menjejaki pusara pahlawan ini. Hasilnya beliau temui pusara yang dicari dengan bantuan penduduk kampung! Aaada pun!!! Mana usaha daripada PIHAK SEPATUTNYA?
Pusaranya bukan seperti pusara pahlawan lain. Terbiar dan tidak terpelihara. Hanya ditanda dengan kayu yang bertulisan pudar. Hanya Allah yang tahu jasa dan pengorbanannya.
Lihat : http://latiptalib.blogspot.com/2007/07/pusara-si-bongkok-tanjung-puteri.html
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Abdul Latip dan juga sesiapa sahaja yang berusaha memelihara khazanah sejarah yang tidak ternilai tetapi tidak dipedulikan oleh pihak yang sepatutnya.
Alfatihah kepada seluruh pahlawan tanah air yang telah kembali ke rahmatullah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan