APAKAH HUKUM MEMAKAI BRACES? ADAKAH IA TERMASUK DI DALAM MERUBAH KEJADIAN TUHAN? APA BEZANYA DENGAN MENGASAH GIGI?
Rasulullah S.A.W bersabda :
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” – (Shahih Muslim ).
Imam Al-Nawawi rh memberikan komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.
———
Rujukan Fatwa :-
1. حكم تقويم الأسنان المعوجة
url:http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1187775926711
2. عمليات التجميل للضرورة الطبية
url:http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528615176
Fatwa didalam Bahasa Inggeris :-
http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=3QU7bd
http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=S5xA5N
( Disunting dari http://soaljawab.wordpress.com/ )
Pemasangan braces lazimnya adalah untuk tujuan kesihatan. Namun dalam hal ini wajarlah dipertimbangkan agar memakai braces yang tidak keterlaluan sehingga mengubah niat asal pemakaiannya. Ini kerana dewasa ini terdapat pelbagai jenis braces yang beraneka corak di tawarkan. Jika kelihatan keterlaluan, ia dikhuatiri akan menimbulkan permasalahan yang lain pula, seperti tarikan perhatian lelaki bukan muhrim dan sebagainya.
Berbanding dengan mengasah gigi. Ia merupakan perbuatan meratakan gigi menggunakan kikir, atau batu pengasah khas atau menggunakan mesin tertentu. Tujuannya adalah untuk meratakan setiap gigi supaya sama rata dan kelihatan cantik. Jika kita melihat sejarah, ia merupakan adat tradisi lama. Namun sehingga kini ada yang masih mengekalkannya atas tujuan yang sama iaitu untuk kecantikan. Hal inilah yang dikaitkan dengan merubah kejadian Allah S.W.T.
Wallahualam.
( Sekiranya terdapat kesalahan, mohon teguran segera )
3 ulasan:
Allah..terima kasih banyak2 ustaz..
dah phm dah..again, terima kasih taw..maaf sangat mnyusahkan ustaz..
jasamu ku kenang.. !!
>.<
http://www.youtube.com/watch?v=5ZgfCgRUBt0&feature=related
ni ade skit pasal pendakap gigi.
saya sudah hampir nak habis pakai pendakap. tapi ada masalah dengan gigi saya, iaitu terlalu besar di bahagian gigi kapak dan dua gigi sebelah mereka. maka kelihatan pelik seperti tidak cukup rata.
disebabkan ini, masih terdapat ruang2 angin yang menyukarkan saya untuk menyebut huruf 'f' dan 'fa' selain daripada rupa gigi yang agak jarak.
lalu doktor gigi menasihatkan agar saya mengasah sedikit di bahagian tepi gigi agar pendakap dapat memasukkan gigi pada kedudukan yang betul.
apakah hukumnya jika saya bersetuju untuk mengasah sedikit bahagian gigi saya supaya rawatan ortodontik saya sempurna?
Catat Ulasan