
" Kalau nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. "
Begitulah pepatah Melayu dalam hal mendidik anak-anak agar peribadi, kesantunan dan budi bahasa mereka terpelihara hingga dewasa seterusnya diwariskan pula kepada generasi berikutnya.
"It’s better to bend the willow when it is young".
Disinilah ketulusan budi dapat dibentuk, keberanian dapat dipupuk dan pelbagai sikap asertif dapat disemai. Sebaliknya jika sedari kecil anasir luar dibiarkan bersarang dalam diri anak-anak, nescaya peribadinya akan terbentuk seburuk pengaruh yang bersarang dijiwanya. Saat itu amat sukar memulihkannya ke tahap yang kita ingini.
Dalam soal berkawan misalnya, ibu bapa berperanan memerhatikan dan mengawasi dengan siapa mereka berkawan. Kawan yang baik amat membina peribadi anak-anak. Apa jua yang anak-anak lakukan perlu diketahui dengan jelas.
Kalau pergaulan mereka agak mencurigakan, harus ditegah lebih awal. Jangan "sudah terhantuk baru nak tergadah.
Anak ibarat kain putih. Mereka akan mengut sahaja apa jua bentuk yang kita corakkan. Tengok foto berikut.
Tak nampak sebarang rasa gentar di wajah anak-anak kecil ini. Padahal mereka sedang menunggang ular sawa tahap gergasi tu. Rasanya kalau ular ni ada kat kampung kita, bukan sahaja kena palu, siap kena tembak, tetak, cincang dan apa-apa lagi yang boleh. Sebab "bahaya".




Kang jadi ntah hapa hapa ntah lagi susah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan