Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Selasa, 10 November 2009

Pembuat Pintu Ka'bah Meninggal

Anda kenal Sheikh Ahmad bin Ibrahim Badr?

Beliau merupakan tukang utama yang mereka bentuk pintu emas Kaabah .

Sheikh Ahmad dilahirkan di kampung datuk neneknya di permukiman Qashashiya di Makkah pada 1920. Beliau baru sahaja meninggal dunia pada 6 November 2009 pada usia 89 tahun di Makkah ( hari Jumaat lepas) (Menurut lapor akhbar harian Arab Saudi berbahasa Inggeris, The Arab News kelmarin ).

Allahyarham Shiekh Ahmad menghasilkan pintu Kaabah menggunakan emas tulen seberat 300 kilogram atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979. Kerja itu dijalankan di sebuah bengkel yang dibina khusus untuk projek berkenaan. Beliau juga memperkemas dan memperindahkan lagi meezab (saluran air di atas Kaabah) dan rangka perak Hajar Aswad.

Selepas belajar di sekolah al-Falah tempatan, beliau menyertai bapanya di bengkel emas dan perak pada usia 15 tahun. Ahmad bekerja di kedai bapanya Sheikh Ibrahim Badr di Goldsmiths Street sepanjang hidupnya . Beliau mempelajari seni berkenaan daripada bapanya, pereka dan pembina asal pintu berkenaan atas perintah Raja Abdul Aziz pada 1942. Ibrahim dan dua saudaranya, Mahmoud dan Ibrahim Badr, membuat pintu berkenaan dengan emas tulen, mengambil masa setahun menyiapkannya. Tiang dalam dan meezab, diperbuat daripada emas 24-karat seberat 25 kg juga disiapkan dalam tempoh berkenaan.

Ayat al-Quran Ya Hayy Ya Qayyum (Wahai yang Maha Hidup, Maha Mendengar) dan perkataan Allah dan Muhammad diukir pada pintu.

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design