( Mohon izin kepada pemilik blog ini A**)
Foto di atas diambil dari sebuah blog murid sekolah menengah di sebuah sekolah. Bukan hal murid ini yang ingin saya ujarkan, tetapi lebih kepada perkara yang di highlight dalam kotak di atas (dalam gambar).
Cikgu-cikgu ada terfikir apa-apa tak tentang sekolah seperti yang digambarkan oleh murid tersebut?
Dalam gambaran fikiran saya, mungkin sekolah tersebut telah tamat sesi peperiksaannya (ungkin PMR kot), dan tiada sebarang aktiviti yang dilaksanakan untuk mereka sehingga mereka merasa sia-sia hadir ke sekolah. Menurutnya lagi ramai yang ponteng lantaran tiada aktiviti yang disediakan untuk mereka.
Siapa salah?
Murid yang ponteng? Atau guru?
Ponteng tetap satu kesalahan. Namun, punca kepada pemontengan tersebut perlu diambil kira. Sekolah merupakan medan ilmu...sumber pengetahuan. Sekali melangkah ke sekolah, seribu ilmu diperolehi, seribu pengalaman dapat ditimba. Keadaan seumpama ini menjejaskan "reputasi" perkataan "sekolah". Masakan sekolah menjadi tempat yang sia-sia?
Boleh ke cikgu-cikgu "tak ada mood" nak masuk kelas???
Cikgu... rezeki yang kita makan dan beri anak isteri/suami, merupakan hasil amanah yang wajib kita laksanakan dengan sepenuh hati dan jujur. Jika tidak, di akhirat sana akan dipertikai dan dipersoal. Malah, dalam aspek yang lain, keadaan ini adalah sangat tidak bertepatan dengan etika keguruan.
Cikgu-cikgu, sama-samalah kita jaga martabat "guru". Sama-sama kita pikul amanah ini demi anak bangsa kita dan demi agama kita. Jangan kerana "pendapatan" semata-mata.
Mari kita sama-sama beringat.
1 ulasan:
jom jadi guru yang hebat.apa boleh buat kat sekolah lepas PMR?lepas habis peperiksaan akhir tahun?apa?apa?
Catat Ulasan