Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Jumaat, 20 November 2009

Kenapa nak pakai kasut kena ketuk dulu

Mak dan ayah saya pesan, kalau nak pakai kasut, pertama sekali kena baca Ta'wuz dan basmalah. Kedua ketuk-ketuk dulu kasut tu. Kemudian raba isi dalam dan baru pakai. Kita pun ikut jelah, kang kalau tak ikut kena marah pulak.

Rupa-rupanya, ada hikmahnya. Yelah mana kita tahu kot-kot ada yang salah port kat dalam tu, tak ke naya kaki kita. Sapa susah? Diri sendiri jugak... Cuba lihat ni;


Itu satu hal, kena yang tido kat dalam tu anak kucing kesayangan kita, tak ke penyek budak kecik yang tak berdosa tu!!! Bayangkan kucing berikut penyek di kaki anda... ciannye!!!



Khamis, 19 November 2009

SEMUA "BABY" COMEL


Subhanallah

Alhamdulillaah

Lailahaillallaah

Allahuakbar


Percaya tak bahawa semua "bayi" (baby) yang dilahirkan comel-comel semuanya?
Maksud saya semua tu termasuklah baby kita ( manusia ), dan juga "baby" haiwan yang pelbagai jenisnya. Cuba lihat "baby-baby" yang saya maksudkan.
Pada saya, semuanya sangat comel!

Hebatnya Allah kan :D

Hukum Memakai Pendakap Gigi (Braces)

APAKAH HUKUM MEMAKAI BRACES? ADAKAH IA TERMASUK DI DALAM MERUBAH KEJADIAN TUHAN? APA BEZANYA DENGAN MENGASAH GIGI?

Rasulullah S.A.W bersabda :

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” – (Shahih Muslim ).

Imam Al-Nawawi rh memberikan komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-

( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .

“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”

Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :

تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً

“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”

Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.

———
Rujukan Fatwa :-

1. حكم تقويم الأسنان المعوجة
url:http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1187775926711

2. عمليات التجميل للضرورة الطبية
url:http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528615176

Fatwa didalam Bahasa Inggeris :-

http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=3QU7bd

http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=S5xA5N

( Disunting dari http://soaljawab.wordpress.com/ )


Pemasangan braces lazimnya adalah untuk tujuan kesihatan. Namun dalam hal ini wajarlah dipertimbangkan agar memakai braces yang tidak keterlaluan sehingga mengubah niat asal pemakaiannya. Ini kerana dewasa ini terdapat pelbagai jenis braces yang beraneka corak di tawarkan. Jika kelihatan keterlaluan, ia dikhuatiri akan menimbulkan permasalahan yang lain pula, seperti tarikan perhatian lelaki bukan muhrim dan sebagainya.

Berbanding dengan mengasah gigi. Ia merupakan perbuatan meratakan gigi menggunakan kikir, atau batu pengasah khas atau menggunakan mesin tertentu. Tujuannya adalah untuk meratakan setiap gigi supaya sama rata dan kelihatan cantik. Jika kita melihat sejarah, ia merupakan adat tradisi lama. Namun sehingga kini ada yang masih mengekalkannya atas tujuan yang sama iaitu untuk kecantikan. Hal inilah yang dikaitkan dengan merubah kejadian Allah S.W.T.

Wallahualam.

( Sekiranya terdapat kesalahan, mohon teguran segera )


Rabu, 18 November 2009

Pisang Panjang

Subhanallah
Alhamdulillah
Laailaahaillallah
Allahuakbar


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih berganti malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. Mereka yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan berbaring, dan berfikir dengan dalam mengenai penciptaan langit dan bumi, lalu berkata : Wahai Tuhan kami, tidaklah engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci engkau ya Allah maka hindarkanlah kami dari siksaan api neraka.." (Ali-Imran : 190-191)

Tatu


Diriwayatkan daripada ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu, katanya:
َ
Maksudnya:


“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu, perempuan-perempuan yang meminta dirinya untuk ditatu, perempuan-perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan-perempuan yang mengikir giginya, (semua ini semata-mata) untuk kecantikan iaitu perempuan- perempuan yang mengubah ciptaan Allah Ta‘ala. (Setelah itu Ummu Ya‘kub bertanya kepada ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu mengenai apa hadits yang beliau melaknat perkara tersebut, beliau menjawab: “Bagaimana aku tidak melaknat sesiapa yang dilaknat oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sedang ia ada dalam Kitab Allah. { (Firman Allah Ta‘ala dalam surah al-Hasyr ayat 7 yang tafsirnya): “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada kamu maka terimalah serta amalkan }.”

(Hadits riwayat al-Bukhari)

Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya:

Maksudnya:


“Bahawanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang yang membuat cemara (orang yang menyambungkan rambut), orang yang minta dicemarakan (orang yang minta disambungkan rambut), orang yang membuat tatu dan orang yang minta dibuatkan tatu.”

(Hadits riwayat Muslim)

Tatu Di Tubuh Badan, Adakah Wajib Dihilangkan?


Bahawa hukum bertatu itu adalah haram. Namun bagaimana pula hukum menghilangkan tatu di tubuh badan, adakah ia wajib ataupun tidak? Dalam perkara ini ada beberapa keadaan seperti
berikut:-

(i) Orang yang mukallaf (baligh dan berakal) bertatu dengan kehendak atau kerelaannya. Jika dia dapat menghilangkan tatu itu dengan perubatan atau dengan cara pembedahan walau menurut doktor ia mendatangkan mudharat seperti hilang anggota atau fungsinya atau menyebabkan keadaan anggota zahirnya buruk dan jelik akan tetapi dia tidak takut akan mudharat tersebut, maka wajib dia menghilangkan tatu itu. Adapun jika dia takut akan mudharat tersebut, maka tidaklah diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu itu dan dia tidak
akan berdosa setelah dia bertaubat.

(ii) Orang yang dipaksa untuk bertatu bukan kehendak atau kerelaannya adalah tidak diwajibkan dia menghilangkan tatu di tubuh badannya itu.

(iii) Orang yang belum ada taklif ke atasnya seperti kanak-kanak dan orang gila. Jika seseorang itu bertatu ketika keadaannya belum ada taklif maka tidaklah diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu tersebut.

(iv) Orang kafir yang memeluk agama Islam. Jika dia bertatu sebelum Islamnya adalah diwajibkan menghilangkan tatu tersebut, sebagaimana keadaan orang yang mukallaf bahagian (i) di atas.

TECHNOLOGY : Lockheed Martin F-35B


The first aircraft in history to combine stealth with short takeoff/vertical landing (STOVL) capability and supersonic speed has been delivered to the Naval Air Station Patuxent River, Md., where it will conduct its first hovers and vertical landings. The Lockheed Martin F-35B Lightning II STOVL stealth fighter will replace U.S. Marine Corps AV-8B STOVL fighters, F/A-18 strike fighters and EA-6B electronic attack aircraft, and will also be used by the United Kingdom’s Royal Air Force and Royal Navy and the Italian Air Force and Navy.



There are three different models of the F-35. The F-35A is the conventional takeoff and landing (CTOL) variant is the smallest and lightest F-35 version and is the only variant equipped with an internal cannon, the GAU-22/A. It is intended for the US Air Force (USAF) and other air forces, but is primarily intended to replace the USAF’s F-16 Fighting Falcon, beginning in 2013, and to replace the A-10 Thunderbolt II starting in 2028. It will be used solely by the US Navy and is expected to be available beginning in 2014.



With the capability to operate from a variety of ships or austere runways, the F-35B is designed to be deployed closer to shore or near front lines, shrinking distance and time to the target, increasing sortie rates and greatly reducing the need for support assets. Its internal fuel capacity of seven tons provides an unfueled range of more than 900 miles without external tanks. The F-35B is the first aircraft in history to combine stealth with STOVL capability and supersonic speed and will be the first of the three Lightning II variants to achieve Initial Operational Capability, beginning with the Marines in 2012.

PENYAMARAN

Subhanallah
Alhamdulillah
Laailaaha illallah
Allahuakbar . . .

Sesungguhnya tidak Allah jadikan setiap sesuatu dengan sia-sia. Dengan kejadian Allah ini, manusia dapat berfikir dan belajar tentang ilmu penyamaran. Lihat bagaimana haiwan reptilia ini dapat melindungi dirinya daripada pemangsa dengan penyamaran yang dimilikinya. Malah dengan mata kasar kita pun agak memerlukan pengamatan yang baik bagi mengenalpasti makhluk ini.



Semoga kita tergolong dalam golongan manusia yang sentiasa memuji kebesaran Allah.

Selasa, 17 November 2009

AK-47 EMAS


Raifal tempur Kalasnikov (AK-47) diperbuat dari emas dipercayai pemberian Saddam Hussein kepada Anaknya Uday Hussein. Ia ditemui di Istana Saddam yang telah musnah oleh serangan pihak penjajah Amerika dan sekutunya.


Terdapat pelbagai khazanah istana yang ditemui di
istana tersebut. Namun kesemuanya telah dirampas, sama ada menjadi milik negara penjajah tersebut mahupun menjadi milik peribadi.

Begitulah jadinya sekiranya kuasa yang Allah pinjamkan disalahgunakan. Sekejap sahaja Allah tarik balik. Padahal jika mereka "beringat" malah menjadi pembela agama Allah pula, tentu ceritanya berbeza kini. Harta dan kemewahan telah menjadikan mereka lupa sehingga menzalimi orang lain tanpa mengambil kira hak dan maruah.

Sesungguhnya Allah maha adil.

Khamis, 12 November 2009

HUKUM BUNUH CICAK

Rujuk Kitab Riyadus Solihin :

Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda :

"Siapa yang membunuh cicak pada pukulan pertama, maka mendapat sekian pahalanya, dan membunuh dalam pukulan yang kedua maka mendapat sekian pahalanya kurang dari yang pertama, dan siapa yang membunuh cicak dalam pukulan ketiga, maka mendapat sekian pahalanya."

Dan dalam riwayat lain : " Siapa yang membunuh cicak dalam pukulan pertama mendapat 100 hasanat, dan dalam kedua kurang dari itu, dan ketiga kurang dari itu.
( Riwayat Muslim )


Dalam sumber lain, Umm Sjarik r.a berkata : Bahawa Rasulullah s.a.w telah menyuruh kepadanya membunuh cicak, dan bersabda : "Dahulu ia telah meniupkan api atas Nabi Ibrahim a.s "
( Riwayat Bukhari & Muslim )



Jadi moralnya, marilah kita bunuh cicak. Kenapa?

1) Rumah jadi kotor dengan tahinya

2) Bising, tengah malam baby nak tido asyik cak cak cak!!!

3) Rumah bukan tempat penternakan mereka

4) Nabi suruh bunuh...BUNUH jelaaa...!!!

Perlu difahami, perkataan bunuh itu sendiri tidak boleh disertakan dengan sebarang bentuk penganiayaan, penyiksaan, atau apa jua tindakan yang tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan, apatah lagi dengan tujuan untuk berseronok! Ia dikira ibadah. Maknanya, nak buat ibadah tak boleh main-main. Jangan lupa pula untuk baca ta'wuz! ( Auzubillahi minas syaitoonirrajiim )

Cara yang paling baik ialah cara yang paling cepat mematikan reptilia tersebut. Dengan kata lain, lagi cepat mati lagi baik. Jangan campak dalam air, jangan masukkan dalam api, jangan bagi kucing hidup-hidup dan jangan dimakan....erk!!!

Biasanya kucing buat main dulu. Dia siksa dulu, dah puas main baru makan. Kecian cicak tu tersiksa jiwa raga dia. Ingat, doa makhluk teraniaya pun makbul tau! Erk....!

PERHATIAN: CIKGU SEMALAYSIA

Selamat sejahtera kepada cikgu-cikgu sekalian. Saya ada sesuatu untuk dikongsikan bersama. Cuba cikgu-cikgu baca petikan kata-kata dalam foto di bawah :

( Mohon izin kepada pemilik blog ini A**)

Foto di atas diambil dari sebuah blog murid sekolah menengah di sebuah sekolah. Bukan hal murid ini yang ingin saya ujarkan, tetapi lebih kepada perkara yang di highlight dalam kotak di atas (dalam gambar).
Cikgu-cikgu ada terfikir apa-apa tak tentang sekolah seperti yang digambarkan oleh murid tersebut?
Dalam gambaran fikiran saya, mungkin sekolah tersebut telah tamat sesi peperiksaannya (ungkin PMR kot), dan tiada sebarang aktiviti yang dilaksanakan untuk mereka sehingga mereka merasa sia-sia hadir ke sekolah. Menurutnya lagi ramai yang ponteng lantaran tiada aktiviti yang disediakan untuk mereka.
Siapa salah?
Murid yang ponteng? Atau guru?
Ponteng tetap satu kesalahan. Namun, punca kepada pemontengan tersebut perlu diambil kira. Sekolah merupakan medan ilmu...sumber pengetahuan. Sekali melangkah ke sekolah, seribu ilmu diperolehi, seribu pengalaman dapat ditimba. Keadaan seumpama ini menjejaskan "reputasi" perkataan "sekolah". Masakan sekolah menjadi tempat yang sia-sia?
Boleh ke cikgu-cikgu "tak ada mood" nak masuk kelas???
Cikgu... rezeki yang kita makan dan beri anak isteri/suami, merupakan hasil amanah yang wajib kita laksanakan dengan sepenuh hati dan jujur. Jika tidak, di akhirat sana akan dipertikai dan dipersoal. Malah, dalam aspek yang lain, keadaan ini adalah sangat tidak bertepatan dengan etika keguruan.
Cikgu-cikgu, sama-samalah kita jaga martabat "guru". Sama-sama kita pikul amanah ini demi anak bangsa kita dan demi agama kita. Jangan kerana "pendapatan" semata-mata.
Mari kita sama-sama beringat.

Rabu, 11 November 2009

Mata Bengkak Ada Ulat

Sakit mata?
Bengkak tak?
Hah, baik pegi klinik cepat!
Tak nak? Takut? Mana takut kalau bandingkan dengan gambar ni;


Nak pegi klinik tak?

Masak Telur Guna HP

Saya temui maklumat ini dalam sebuah blog.
Menurutnya, berbual terlalu lama menggunakan telefon bimbit boleh membahayakan.
Lalu mereka melakukan ujikaji berikut:
Dua telefon digunakan. Kedua-dua telefon dihubungkan melalui panggilan. Menurut mereka, berikut adalah keputusan pemerhatian eksperimen :
Selepas 15 minit = tiada apa berlaku
Selepas 25 minit = telur mula memanas
Selepas 45 minit = telur menjadi panas
Selepas 65 minit = telur masak serti rajah berikut :
Mereka menyimpulkan bahawa kesan radiasi mampu merubah sifat fizikal protein telur. Bayangkan kesannya kepada protein pada otak manusia bagi mereka yang membuat panggilan telefon dalam jangka masa yang lama.
Nasihat saya pula, bersederhanalah dalam semua perkara.
Jika berlebih-lebihan pasti ada keburukannya.

Bila Tengkujuh?

Beberapa minggu kebelakangan ini hujan turun lebat baik pagi mahupun petang. Beberapa hari lepas rumah Ustaz Qamarul Kalam dinaiki air separas lutut. Hinggakan beliau berhasrat untuk berpindah tahun hadapan. Maklumlah, hampir tiap tahun rumahnya ditenggelami air. Kalau kita pun tension.
Dalam hal tengkujuh, sesiapa yang ada anak-anak di bawah paras umur, waspadalah. Pastikan kita sentiasa peka tentang apa yang sedang anak kita lakukan. JANGAN mudah meletakkan kepercayaan 100% kepada mereka. Mereka sibuk mencari peluang sedang kita sibuk dengan kerja yang tidak berkesudahan. Bukan apa, jangan dah terhantuk baru nak tergadah. Perkara dah berlaku bukannya boleh patah balik! Menangis buruk mana pun tak boleh hidupkan anak yang dah mati akibat kelalaian kita.

Dalam doa kita, kita mohon pada Allah, "selamatkanlah anak-anak kami", bagus doa tu. Persoalannya, adakah dengan lafaz demikian maka kita berserah bulat-bulat tanpa pemantauan selayaknya sebagai ibu bapa?

Marilah kita berawas dan berwaspada. Justeru... sediakan payung sebelum hujan!!!

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya


" Kalau nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. "

Begitulah pepatah Melayu dalam hal mendidik anak-anak agar peribadi, kesantunan dan budi bahasa mereka terpelihara hingga dewasa seterusnya diwariskan pula kepada generasi berikutnya.


"It’s better to bend the willow when it is young".

Disinilah ketulusan budi dapat dibentuk, keberanian dapat dipupuk dan pelbagai sikap asertif dapat disemai. Sebaliknya jika sedari kecil anasir luar dibiarkan bersarang dalam diri anak-anak, nescaya peribadinya akan terbentuk seburuk pengaruh yang bersarang dijiwanya. Saat itu amat sukar memulihkannya ke tahap yang kita ingini.
Dalam soal berkawan misalnya, ibu bapa berperanan memerhatikan dan mengawasi dengan siapa mereka berkawan. Kawan yang baik amat membina peribadi anak-anak. Apa jua yang anak-anak lakukan perlu diketahui dengan jelas.
Kalau pergaulan mereka agak mencurigakan, harus ditegah lebih awal. Jangan "sudah terhantuk baru nak tergadah.
Anak ibarat kain putih. Mereka akan mengut sahaja apa jua bentuk yang kita corakkan. Tengok foto berikut.
Tak nampak sebarang rasa gentar di wajah anak-anak kecil ini. Padahal mereka sedang menunggang ular sawa tahap gergasi tu. Rasanya kalau ular ni ada kat kampung kita, bukan sahaja kena palu, siap kena tembak, tetak, cincang dan apa-apa lagi yang boleh. Sebab "bahaya".
Tengok tu, siap landing baik je. Kalau dia ngap, 3 orang saiz budak yang sama selamba dia telan.

Bukan saja budak tu, kalau makciktu kena telan pun rasanya muat dalam perut dia, tak payah makan sebulan.

Takda lain, makcik tu la yang ajar anak cucu dia tentang keberanian. Dan rasanya beliau sendiri pun dididik sedemikian rupa.

Dengan kata lain, kalau kita nak anak kita jadi apa, kita yang kena plan, kena fikirkan dan kena bertindak. Jangan biarkan masa menentukan anak kita jadi apa!!!
Kang jadi ntah hapa hapa ntah lagi susah!

Selasa, 10 November 2009

Blog Ustaz Azri

Hah... amacam?
Bila otai komputer da terbakar tengok kita da berblog-blog...beliau pun apa lagi, BUM!
Berikut adalah paparan lama template beliau yang telah ditukar kali ke puluh berapa tah... dan akhirnya yang terkini...sila lihat sendiri...
Jeng ... jeng ... jeng!!!


Sila kunjungi
Semoga bermanfaat buat kita.

Pusara Si Bongkok

Tanjung Puteri

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

Pernah nyanyi lagu di atas? Bagi warga Johor, lagu ni tak boleh tak tahu ya!

Siapa Si Bongkok yang dimaksudkan?

Si Bongkok merupakan pahlawan yang sebaris dengan Tok Janghut, Dato' Bahaman dan Mat Kilau. Namun namanya tidak semasyhur pahlawan lain yang turut mempertaruhkan nyawa dalam melawan penjajah Inggeris suatu ketika dahulu. Kekurangan sumber maklumat yang jelas dan terperinci mungkin menjadi salah satu faktor yang menjadikan masyarakat hari ini kurang mengenali beliau. Namun itu bukanlah alasan. Jikalau negara-negara barat sibuk mengetengahkan berpuluh tokoh dan pahlawan mereka di mata dunia, tanpa kita sedar kita turut mengagumi mereka. Movie seperti King Arthur dan Braveheart mengetengahkan pahlawan mereka yang tidak ada kaitannya dengan kita. Tapi mengapa mereka ketengahkan juga? Sebab mereka bangga dengan sejarah. Mereka menyumbang modal untuk mendapatkan maklumat tentang tokoh tersebut. Kita? Banyak alasannya kan.

Jadi, berdasarkan catatan perjalanan En. Abdul Latip Bin Talib ( pengarang buku yang masyhur ), beliau telah berusaha sendiri menjejaki pusara pahlawan ini. Hasilnya beliau temui pusara yang dicari dengan bantuan penduduk kampung! Aaada pun!!! Mana usaha daripada PIHAK SEPATUTNYA?


Pusaranya bukan seperti pusara pahlawan lain. Terbiar dan tidak terpelihara. Hanya ditanda dengan kayu yang bertulisan pudar. Hanya Allah yang tahu jasa dan pengorbanannya.


Lihat : http://latiptalib.blogspot.com/2007/07/pusara-si-bongkok-tanjung-puteri.html

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Abdul Latip dan juga sesiapa sahaja yang berusaha memelihara khazanah sejarah yang tidak ternilai tetapi tidak dipedulikan oleh pihak yang sepatutnya.

Alfatihah kepada seluruh pahlawan tanah air yang telah kembali ke rahmatullah...

Pembuat Pintu Ka'bah Meninggal

Anda kenal Sheikh Ahmad bin Ibrahim Badr?

Beliau merupakan tukang utama yang mereka bentuk pintu emas Kaabah .

Sheikh Ahmad dilahirkan di kampung datuk neneknya di permukiman Qashashiya di Makkah pada 1920. Beliau baru sahaja meninggal dunia pada 6 November 2009 pada usia 89 tahun di Makkah ( hari Jumaat lepas) (Menurut lapor akhbar harian Arab Saudi berbahasa Inggeris, The Arab News kelmarin ).

Allahyarham Shiekh Ahmad menghasilkan pintu Kaabah menggunakan emas tulen seberat 300 kilogram atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979. Kerja itu dijalankan di sebuah bengkel yang dibina khusus untuk projek berkenaan. Beliau juga memperkemas dan memperindahkan lagi meezab (saluran air di atas Kaabah) dan rangka perak Hajar Aswad.

Selepas belajar di sekolah al-Falah tempatan, beliau menyertai bapanya di bengkel emas dan perak pada usia 15 tahun. Ahmad bekerja di kedai bapanya Sheikh Ibrahim Badr di Goldsmiths Street sepanjang hidupnya . Beliau mempelajari seni berkenaan daripada bapanya, pereka dan pembina asal pintu berkenaan atas perintah Raja Abdul Aziz pada 1942. Ibrahim dan dua saudaranya, Mahmoud dan Ibrahim Badr, membuat pintu berkenaan dengan emas tulen, mengambil masa setahun menyiapkannya. Tiang dalam dan meezab, diperbuat daripada emas 24-karat seberat 25 kg juga disiapkan dalam tempoh berkenaan.

Ayat al-Quran Ya Hayy Ya Qayyum (Wahai yang Maha Hidup, Maha Mendengar) dan perkataan Allah dan Muhammad diukir pada pintu.

Isnin, 9 November 2009

Blog Ustazah Suzana

Mari berkongsi pandangan dan ilmu bersama Ustazah Suzana :D
Blog yang comel ini pasti mencomelkan anda dengan ilmu yang dikongsikan bersama.
Mari kita kunjungi!!!

Jumaat, 6 November 2009

Blog Ustazah Nirwana

TECHNOLOGY : Subaru WRX STI TRAX


We've seen this approach to Arctic off-roading at a concept level, but this snow-eating Subaru WRX STI is most definitely for real. The 400bhp TRAX was built by Subaru Rally Team USA's technical partner, Vermont SportsCar from a rally-prepared 2009 WRX ST. EXE-TC Group N competition rally dampers were added, the drivetrain lowered three inches and the wheels tossed in favor of a Mattracks rubber track system.


Driving what must challenge for the title of world's fastest snowmobile is a 2.5-liter, 4-cylinder, turbocharged, intercooled STI engine that puts out around 400 horses and 400 lb.-ft. of torque. This is married to a KAPS 5-speed close-ratio dog-engagement gearbox and the Subaru programmable DCCD (Driver Controlled Center Differential) all-wheel drive system.


So you've got something to do in the back country, the TRAX STI also has a specially designed sleigh which can drag four people and their snowboarding gear up the slopes.


And who gets to drive this beast? That gig falls to the man who envisioned it (and keen snowboarder), Ken Block.


Looks like quite a ride. See it in action below and listen to what Block has to say about the TRAX in at 0-60mag.com.


The Subaru WRX STI TRAX is on show at the 2009 Specialty Equipment Manufacturers Association (SEMA) Show in Las Vegas along with its polar opposite - the special SPT delivery van. Based on Subaru's 1969 micro van, the 25 horsepower, 10 x 4 foot, two-cylinder two-stroke achieves 66mpg, but it doesn't do it in a hurry.

TECHNOLOGY : Self Powered Rotating Skyscraper launched

Floor plans have been released and the reservations list opened for the "world's first building in motion" - the Dynamic Tower in Dubai. Italian architect Dr. David Fisher made the announcement on June 24 at the official launch of the revolutionary 1,380 foot skyscraper which will have 80 floors and apartments ranging in size from 124 square meters (1,334 SF), to Villas of 1,200 SM (12,916 SF) complete with a parking space inside the apartment.


“The Dynamic Tower is environmentally friendly and the first building designed to be self-powered, with the ability to generate its own electricity, as well as for other nearby buildings, it achieves this feat with wind turbines fitted between each rotating floor, An 80-story building will have up to 79 wind turbines, making it a true green power plant,” Dr. Fisher stated.

The Dynamic Tower will also be built entirely from prefabricated parts, reducing costs and the number of workers on site and resulting in a significantly faster construction time.


“Each floor of the building can be completed in only seven days. From now on, buildings will be made in a factory,” Dr. Fisher said.


Along with the second Tower planned for Moscow, Dr. Fisher also revealed plans for further projects around the globe. “Our intention is to build the third Rotating Skyscraper in New York,” Dr. Fisher stated. “Additional Dynamic Towers will be built around the world, following an expression of interest from developers, governments, and public officials to construct a Dynamic Tower in Canada, Germany, Italy, Korea and Switzerland”.

TENCHNOLOGY : Technosphere

( Makluman : Mulai hari ini, post berlabel TEKNOLOGI akan disiarkan dalam Bahasa Inggeris sebagai menyokong usaha kerajaan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. :D )

It's been a while since we've taken a look at the weird and wonderful canvas that is Dubai's skyline of the future, and this proposal from James Law Cybertecture would slot neatly in among radical designs like the Almeisan Tower and the spiraling ZPO. Shaped like a giant disco ball, the Technosphere is conceived as a self-sustaining model of the Earth in miniature incorporating a range of active and passive systems to meet these goals.


The carbon-neutral Technosphere would house office and residential space as well as a hotel and public areas that enable it to function as a tourist attraction. Water would be recycled within the building and solar power used to supplement energy needs. Carefully positioned sky gardens provide passive solar shielding and help keep the air fresh.


The building is proposed as the hub of Dubai's Technopark city development, an economic center which focuses on environmentally critical sectors such as water resource management and alternative energy development. It will house 60,000 permanent residents and employ over 133,000 people.

Khamis, 5 November 2009

JANGAN TIRU ISYARAT INI

ACHTUNG!

Kepada anak-anak muda jangan mudah terikut-ikut dengan apa orang luar buat.
Lebih-lebih lagi ikut dengan tak tahu apa maksud dan tujuan.
Contohnya isyarat tangan berikut; bagi sesetengah golongan ia mempunyai maksud yang sangat bertentangan dengan nilai Akidah Islam.
Jadi...Awas...jangan buat!


The symbol means: Horned God represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.


Means : Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.



Means: Witch Sign or Moon Sign used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above.

Above: Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author of The Satanic Bible, displaying the "Horned Hand" (also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible.

INSAFLAH : JANGAN MEMBAZIR

Ya Allah
Jangan Engkau biarkan kami menjadi orang yang membazir.
Didiklah kami agar sentiasa menjadi hambaMu yang
sentiasa mensyukuri nikmatMu.
Kami tak kuat menanggung ujian seperti yang Engkau
berikan kepada anak di atas itu ya Allah.
Ya Allah
Murahkanlah rezeki saudara-saudara kami
yang sedang Engkau uji dengan kebuluran
Anugerahilah kepada mereka nikmat
seperti yang Engkau berikan kepada kami.
Bukakanlah pintu hati dari kalangan kami yang
kaya dan berharta untuk sentiasa
menghulurkan bantuan buat
saudara-saudara kami di sana.
Ya Allah
Ampuni kami kerana lambat dan lemah
dalam usaha membantu mereka.
Saudaraku di sana...
Maafkan aku...

Pen Unik

Kali ni pen unik pula.
Apa uniknya?
Tengok gambar-gambar berikut :








Best kan. Nak warna daun, scan warna daun tu, terus warnakan kat kertas. Warna yang keluar sebiji macam warna daun tu. Belum lagi warna-warna benda lain tu.
Apa kata scan warna api??? Boleh???
Hehehe :D

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design