Selamat menyambut tahun baru 2010 masehi. Alhamdulillah, Allah masih izinkan kita meneruskan hayat ini sehingga menjelang tahun berikutnya. Semoga hayat yang tersisa entah berapa hari lagi ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya, terutama untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa serta taat mengerjakan perintah suruhanNya. Pada tahun 2009 sahaja kalau kita lihat, ramai tokoh-tokoh, karyawan, pemimpin dan pendakwah yang pergi meninggalkan kita. Termasuklah Ustaz Asri Rabbani dan yang terkini 31/12/2009 bekas Presiden Indonesia Allayarham Gus Dur turut menemui ilahi. Itu belum lagi kita lihat saudara mara dan sahabat handai kita yang pergi pada tahun 2009. Moga mereka Allah ampunkan dan dianugerahi limpahan rahmat dan kasih sayangnya. Semoga Allah selamatkan mereka dari azab kubur dan azab nerakaNya yang sangat dahsyat.
Inilah berita yang paling hangat dalam menyambut tahun baru kali ini. Bukannya pemberian subsidi, dan bukannya pemberian insentif. Sedih apabila kelihatan perkara seumpama ini sewenang-wenangnya dilaksanakan tanpa mengambil kira entah berapa ribu rakyat miskin di negara ini yang masih belum mampu membeli gula pada harga RM 1.40. Apakah kerana alasan kesihatan ( supaya rakyat Malaysia mengurangkan pengambilan gula dalam makanan ), atau masalah keanikan harga gula dunia maka begitu mudah tindakan ini dibuat.
Secara peribadinya saya amat berasa sedih dan kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri selepas Tun Mahathir Mohamad,iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Apakah kondisi kewangan negara berada pada paras yang membimbangkan sehingga pelbagai peruntukan ditarik balik dan dibatalkan? Apakah tiada cara lain untuk menjadikan keadaan ini lebih baik?
Jika dilihat semenjak Tun Mahathir turun "takhta", tidak henti-henti isu pilihanraya sepanjang tahun sehingga penghujung 2009. Seolah-olah dalam "berita tv" tiada isu lain selain isu parti politik. Seakan-akan tiada rakyat yang menderita di Malaysia yang perlu diberikan perhatian. Media di negara ini pula (khasnya tv) bagi saya sememangnya boleh dipertikaikan ketelusannya.
Semoga Allah berikan petunjukNya kepada semua para pemimpin di negara ini.
Wahai PARA PEMIMPIN DI MALAYSIA, ingatlah amanah yang dipikul sangat berat. Ingatlah, bahawa AZAB ALLAH SANGAT PEDIH DAN DAHSYAT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan