Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Khamis, 28 Januari 2010

MAMAT TRBM


Lumba haram adalah satu bentuk perlumbaan bermotor yang diadakan di atas jalan raya awam tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa. Lumba haram sering diadakan di kawasan bandar, luar bandar ataupun di kawasan perindustrian tanpa mengira keadaan trafik, tetapi biasanya diadakan pada waktu tengah malam. Kegiatan lumba haram adalah salah di sisi undang-undang jalan raya kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Di Malaysia, menonton perlumbaan haram juga merupakan satu kesalahan kerana akan menggalakkan pelumba haram untuk terus berlumba tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kebanyakan daripada perlumbaan haram yang diadakan di Malaysia adalah melibatkan motosikal dan kereta, namun ada juga kenderaan berat seperti lori dan bas ekspres yang turut mengadakan perlumbaan haram. Kenderaan yang terlibat dalam perlumbaan haram diubahsuai sehingga mencapai kelajuan melebihi 160 km/j dan akibat daripada tiadanya etika pemanduan yang diamalkan, kemalangan jalan raya amat mudah berlaku, selalunya melibatkan kematian.

Itu merupakan takrifan yang diberikan oleh "WIKIPEDIA" ( sebuah ensiklopedia bebas ). Dengan kata lain, ia telah menjadi sebuah fenomena lapuk yang tidak kelihatan tanda-tanda ia akan selesai atau ada penghujungnya. Rempit lebih kepada istilah yang diberikan kepada pelumba haram kini, sekalipun lumba haram telah lama wujud pada tahun-tahun terdahulu. Bezanya, istilah rempit kini diguna pakai kepada kegiatan kelompok pelumba haram kini yang lebih keterlaluan sikapnya baik di jalan raya kawasan bandar mahupun kampung.

Persoalannya
1) Siapakah yang benar-benar bertanggungjawab bagi mengatasi dan menyelesaikan gejala yang kian parah kini?

2) Adakah peranan ibu bapa dan masyarakat tidak langsung diperlukan dalam menangani permasalahan ini?

3) Adakah tindakan penahanan (roadblock) akan memberi impak kepada sikap para Perempit?

4) Mengapa tidak ada langkah drastik, serius dan besar-besaran daripada pihak berkuasa yang boleh membuatkan para perempit kecut perut untuk mengulanginya?

Saya sentiasa mengharap pihak berkuasa "MELAKUKAN SESUATU YANG LUAR DARI KEBIASAAN TINDAKANNYA SELAMA INI".

>>> Agaknya mereka lebih bangga bila mereka di iktiraf masyarakat sebagai "REMPIT"... apa kata kita pakat jangan panggil mereka mat rempit... tapi SAMSENG JALANAN...atau TRBM (TAK RETI BAWAK MOTOR)...<<<

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design