Kampung Saeri Gunung Pulai 2,
Jalan Bakar Arang 81500 Pekan Nenas Johor Darul Takzim.
Tel: 07-5101842/0197987134(Salamian)/0137770626 (Along)
Fax:07-5101842
Terima kasih kepada semua guru, fasilitator, para peserta dan pihak Kem Kaizen juga kerana atas komitmen semua pihak, maka program ini dapat disempurnakan mengikut yang telah dirancangkan. Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian.
Mukhayyam tingkatan 3 asalnya dicadangkan diadakan di Kem Dayang, Sungai Pelepah ataupun di Pusat Kurikulum Segamat ( SMK Tun Mamat ). Tetapi setelah melihat kepada beberapa kriteria, akhirnya Kem Kaizen menjadi pilihan memandangkan pengurusannya yang lebih sistematik, lebih profesional dan kawasan obstacles yang disediakan sangat bersesuaian.
Cuaca baik menyambut para peserta walaupun awalnya hujan renyai sebelum solat Jumaat. Peserta ditempatkan di padang Kem Kaizen.
Guru dan fasilitator memasak masakan sendiri. Bajet untuk guru dan fasi sangat sedikit, maka hidangan kami ialah ikan kering masak lemak (Us. Nirwana masak), kari dan sup ( Us. Azmen masak ), Sardin Special ( Us. Kalam masak ) dan beberapa hidangan tambahan seperti sayuran dan bubur durian....hehehe... Nampak tu Kapten Hamiza pun rewang dengan Ustazah Seri Juli, wakil unit tarbiah.
Peserta membaca doa masuk hutan, diketuai Saifullah.
GURU YANG TERLIBAT
Us. Azmen, Us. Kalam, Us. Azhari, Utzh. Nirwana, Utzh. Hamiza, Utzh. Sakinah, Utzh. Seri Juli, Utzah. Maryam, Utzh. Muhaini, Utzh. Asma'
FASI YANG TERLIBATAbdullah Munir, Zahid Jamaluddin, Lutfi, Syaima', Asma' Aminuddin dan Asma' Amatullah. ( memang sporting mereka semua ni. Sangat mudah memberikan kerjasama. Untuk makluman, geng-geng mereka ni ada yang pernah kena "ayak" di gunung tenang.tapi mereka still steady )
Ice breaking
Hening pagi di kawasan khemah. Peserta sedang melakukan khidmat diri sebelum aktiviti jungle tracking.
Persediaan untuk "jungle tracking"
Dahsyat betul semangat mereka. Kerana terlalu tidak sabar, mereka "memfront-supportkan" diri mereka sendiri supaya kelihatan seperti lelaki sejati. Bagus! Bagus! Bagus! Fasi Zahid dan Lutfi melepas lelah
Mengumpulkan maklumat sepanjang perjalanan
Pemeriksaan di Check Point 2. Emmm...ramai yang tak ingat jenis-jenis ikatan ye!
Saifuddin setelah "dirawat" oleh "nurse" yang memapahnya.
Geng yang tersesat ...hehehe...jangan mare masuk post ni!!!
Jarang sekali melihat Ustaz Azhari menegur peserta. Di tangannya ada lilitan rotan, nampak tak? Nak tahu apa yang dibuat dengan rotan tersebut, bolehlah tanyakan kepada kumpulan ni. Hehehe
Solat dhuha dilaksanakan walau dalam kepayahan. Contohilah mereka, solat tak ada alas pun. Sesungguhnya muka bumi Allah adalah suci.
Peserta banat turut melaksanakan tuntutan yang sama. Best kan?!
Kelihatan peserta keluar untuk ke check point akhir. Siapa pernah main "SEMANTAK", buluh di kawasan ini sangat sesuai digunakan!
Ustazah Nirwana mengendalikan pemeriksaan di garis penamat dengan rapi, telus dan tegas. Sebab tu ada kumpulan yang kantoi bila daun jambu di katakan daun Tongkat Ali! Parah...parah...
Eh...ni kumpulan yang tersalah jalan tadi ni kan??? Anyway, syabas pada kumpulan ni, sebab tetap happy walaupun terima "anugerah" di pertengahan jalan sebab terserempak dengan TN.MAMJ yang baik hati tu.
Teka : Sapa ni? Napa dia tunjuk jari camtu? Napa ada tayar belakang dia? Napa dia suka tanya pasal Us. Sharudin yang kini jadi "agen kerajaan"? Hehehe
Hadiah akhir dari TN.MAMJ, makan belimbing buluh!!! Eiiii...tengok wajah mereka tu! Berkerut!
Firdaus dan Anas dengan aksi mereka.
Penutup aktiviti obstackles. Dilaksanakan oleh jurulatih kem. Semua peserta seronok.
Lihatlah wahai para ibu bapa. Kami dilatih agar memiliki jati diri, mental yang kental, agar kami mampu meladeni apa jua cabaran di setiap persimpangan hidup kami.
Pertandingan Memasak Nasi Goreng
" Kenapa masukkan gambar ana?"tanya Munir.