Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Ahad, 2 Januari 2011

15 Keburukan Melakukan Maksiat

Berkata Imam Malik kepada Imam Syafi'i;
" Aku melihat Allah S.W.T telah meletakkan sinar dalam hatimu. Jangan padamkan sinar itu dengan kegelapan maksiat, kerana sinar itu akan terus melemah apabila kegelapan maksiat menguat, hingga hati menjadi bagaikan malam gelita. Banyak sekali sesuatu yang membinasakan manusia, tetapi dia tidak dapat melihat seperti orang buta yang keluar pada malam hari di jalan yang merbahaya..."

Maksud ayat surah As-Syura : 30, bermaksud ;
" Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan-tanganmu sendiri, dan Allah memafkan sebahagian besar daripada kesalahan-kesalahanmu"

Terdapat banyak bahana dari melakukan maksiat, 15 daripadanya :
1) Mendatangkan rasa cemas dan takut dalam jiwa
2) Membawa penyakit hati
3) Membutakan penglihatan
4) Mengecilkan jiwa
5) Menjadi hamba syahwat
6) Menjatuhkan harga diri
7) Mendatangkan hinaan
8) Meracuni akal
9) Memutuskan hubungan dengan Allah
10) Menghilangkan keberkatan
11) Menjatuhkan pelakunya ke lembah hina
12) Mengundang musuh besar
13) Menjual harga diri pelakunya
14) Membutakan hati
15) Melemahkan motivasi & kesedaran

" Dan siapa yang dihinakan Allah, maka tidak ada baginya seseorang yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki "
( Surah Al-Hajj ayat 18 )

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design