Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Jumaat, 7 Mei 2010

Jangan Lalai dari Memohon Perlindungan Allah

Sekadar Hiasan

Jangan biasakan guna perkataan "KALAU"!!!

Cara lazim di guna :
1. " Kalaulah aku tahu kat situ ada bahaya..."
2. " Kalaulah aku dengar cakap kau tadi..."
3. " Kalau masa boleh ulang balik..."
4. " Kalau engkau ingatkan aku awal-awal tadi..."
>>>Banyak lagi tempat guna perkataan ini<<<

Kita lazimnya akan gunakan perkataan ini sebagai tanda penyesalan, tanda "Sudah Terkena" dan sebagai keluhan pada sesuatu yang kurang elok yang telah menimpa diri.

" Kalaulah aku doa tadi, mungkin taklah terbenam kereta aku"...
Kenapa sudah terhantuk baru nak tergadah?
Hah... itulah kerja syaitan laknatullah. Sentiasa ingin manusia lalai dari meminta bantuan Allah. Sentiasa nak manusia berdukacita di dunia sampai di akhirat.

Jadi...jangan ada toleransi dalam memohon perlindungan dari Allah. Pastikan di samping tawakal kita, ada usaha yang bijaksana, dan doa pada yang Maha Berkuasa.

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design