Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Selasa, 4 Mei 2010

Jangan Kufuri Nikmat Allah

Pernahkah kita syukuri atas setiap anggota tubuh badan yang Allah pinjamkan kepada kita? Kalau tidak pernah, marilah bersegera bersyukur kepadaNya. Antara lain ialah dengan lafaz dalam doa memanjatkan syukur pada Allah, dan mohon agar kita dapat gunakan sehingga ke akhir hayat untuk tujuan ibadah dan ketaatan kepadanya. Selain itu, antara cara lain bersyukur ialah dengan memelihara anggota yang dipinjamkan daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah.

Sekiranya kita tidak meminta, tanda kita sombong kepadaNya! Tanda kita tidak perlu lagi kepada nikmat tersebut. Bila macam tu, jangan marah kalau Allah ambil balik mana-mana bahagian anggota tubuh mahupun pancaindera kita pada bila-bila masa! Nauzubillah... Itu merupakan peringatan kepada kita...bahawa kita manusia sangat lemah dan sangat berkehendak kepada pertolongan Allah!

Sekadar gambar hiasan

Tapi, ada juga disebalik peringatan Allah kepada kita, masih tetap ada yang jahil... dahlah nikmat Allah dikufuri, ditambah lagi dengan keingkarannya dengan ditatu pula tubuh yang telah di tarik nikmatnya itu!
Dah kenapa agaknya???!

Wes jenenge wong!!!

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design