Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Selasa, 11 Mei 2010

Halau Tetamu ?

Sekadar hiasan.

Ada tak kat negara kita orang buat macam dalam gambar tu?
Harap-harapnya tidak ada lah...

"Tetamu yang hadir membawa rezeki dan rahmat dari Allah". Hmmm... tersenyum saya bila terkenangkan kata-kata isteri pada suatu ketika apabila kami dikunjungi tamu pada "hujung bulan"...almaklumlah...ibarat tinggal habuk ! Dengan pesanan itu saya menanamkan keyakinan yang sememangnya menjadi kenyataan, bahawa setiap tamu yang datang, Allah sertakan rahmatNya buat kita.

Biarpun yang datang macam-macam orang. Ada tamu yang boleh kita terima baik, dan tetamu yang ingin kita tolak pula perlu kepada adab dan tatacara yang betul. Bukan macam dalam gambar tu...

Adab meraikan tetamu dan memenuhi undangan dijelaskan terperinci dalam kitab Ihya' `Ulumuddin, karangan Imam Muhammad al-Ghazali Jilid 2 muka 10 hingga 13.

Adab ini yang dapat memastikan bahawa setiap tingkah laku dan tindakan tuan rumah yang mengadakan jamuan serta tetamu yang memenuhi undangan kekal terpelihara dan tidak melanggar batas sempadan.

Bagi tuan rumah yang mengadakan jamuan, ia sebenarnya memenuhi tuntutan agama agar sentiasa mengalu-alukan kehadiran tetamu.

Ini seperti ditegaskan Rasulullah saw yang bermaksud:
"Tiada kebaikan bagi sesiapa yang tidak menerima tetamu."
Amalan mengundang tetamu dan menikmati hidangan bersama-sama ini juga adalah amalan nabi-nabi.

Misalnya, diriwayatkan Nabi Ibrahim akan berjalan sejauh sebatu atau dua batu untuk mencari orang yang akan bersama-sama dengannya.

Sikap ditunjukkan Nabi Ibrahim ini menunjukkan betapa penting kita menjemput orang lain menjadi tetamu dan menikmati hidangan bersama-sama.

Marilah kita "seronok" untuk terima tetamu!

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design