Keputusan SPM 2009 telah lama berlalu. Namun saya ingin abadikan keputusan SMIHJB dalam blog ini :
Tahniah kepada yang telah berjaya dengan cemerlang. Diharap sangat kepada anak-anak didik yang telah berjaya agar sentiasa menyedari bahawa "langit itu tinggi. Jika melihat ke langit, jangan lupa apa yang dipijak".
Setakat berkongsi pengalaman dengan guru-guru veteran, sering saya dengar luahan berikut;
"...biasanya budak-budak yang "nakal", yang kita "tenyeh" nilah yang ingat kita, yang rajin tanya khabar, sampai dah anak dua pun masih berhubung dengan kita. Budak yang pandai-pandai...jangan mimpilah nak cari kita, sorang dua adalaaa..."
Kenapa demikian?
Adik-adik, mari renungkan...
1 ulasan:
benar la ape yg di kata. biasenye memg yg nakal2 ingat kat kite. stakat ni pun memg anak2 murid yg nakal tu ha yg ada sms ke atau ingat kat kite.. wallahua'lam.
Catat Ulasan