Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Isnin, 27 Mac 2023

MENU BERBUKA 5 RAMADHAN HEHEHE...

Zaujah tanya plan berbuka malam ni. Nak beli kat bazar, takde cash kat tangan katanya. Kitapun katalah, kita nak berbuka ngan masakan air tangan isteri. Kemain senyum dia. Jadi dia mintak kita masakkan nasi ngan keluarkan ikan dari peti.

Lepas amik anak, otak kita ligat fikir. Kalau nak berbuka dengan beli kat bazar, rabak jugak poket ni. Tapi rugi pulak rasa tak ambil peluang jamu orang berbuka puasa.

Sambil bayar cukai anak bongsu dengan Roti Cokonot ngn eskim picit dia, kita pun buat keputusan untuk masak mi goreng campak-campak.
Pastu kita masak sayur campak-campak untuk anak-anak.
Alhamdulillaah rezeki mak ngan akak ada hantar juadah.
Ada bubur kacang.
Kuih apa ntah yang nampak sedap ni... Tapi x sempat jamah, kena bedal dengan hero cokonot.
Ada sekali jemput -jemput kelapa. Memang lama betul tak makan ni.
Lepastu, Abg Meng pun ada anto juadah jugak. Umak aaaaih sodap kemain...
Entah apo namo ea ayam ni... Tapi dlm gamba lain macam pulak ghupa dia... Seram lak... Kikiki...
Abg Meng bagi sekali ngan apo namo ea... Porut lombu buek kerabu... Tapi kita sonyum je la nengok dio. Tak belaja lagi cara nak masukkan dio dalam perut kita. Kikiki...
Tambahan buat ngonyel-ngonyel... Keropok expired yang kita modified. Buh telur pastu campur ngn rempah ayam goreng. Hmmm... Memang pelik rasa dia, sebab bau tengik dia tak berapa hilang walaupun dah rebus dua kali dengan bawang putih. Tapi sedap je makan dengan nasik. Kikiki...
Aiiiii meriah jugak rezeki berbuka Allah kurniakan buat malam ni.

Moga Allah berkati. 
Terima kasih Allah berikan kami rezeki yang tidak disangka-sangka.

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design