Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Isnin, 27 Mac 2023

MENU BERBUKA 4 RAMADHAN HEHEHE...

Tetiba zaujah ajak berbuka umah mak hari ni. Dia teringin nak jamu keluarga sana. Nak masak tak sempat sebab banyak urusan kena buat sepanjang hari. Jadi juadah berbuka kita beli je kat gerai tepi jalan.
Beli sate sikit (tu dah agih 2 pinggan).
Mi celup 3 bungkus.
Mak ngan akak pulak hidangkan meggi goreng.
Tempe goreng cicah sambal kicap. Peeeeergh...
Ikan keli goreng.
Nugget untuk bebudak.
Jadi meriah jugak juadah berbuka malam ni.
Memasing fokus untuk dengar sayup-sayup suara tok bilal kumandangkan azan maghrib. Dah tak sabo memasing.

Alhamdulillah. Best, seronok dapat buka puasa dengan mak, akak ngan anak-anak buah.

Tapi tak dapat stay lama sebab hero-hero nak gi gunting rambut kat kedai Acik Omar.

Terima kasih nenek.
Terima kasih Mak Ana.

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design