24 Mac 2023, usai iftar di rumah, kami sekeluarga nak ke Masjid Airport Senai untuk solat terawih. Saat menuju ke kereta, terpandang bulan sabit pada arah kira-kira 330° Barat Laut. Tetapi ada sesuatu yang agak pelik. Ada cahaya bersinar terang di bahagian hujung atas bulan sabit tersebut. Saya keluarkan handphone dan cuba merakamkan fenomena yang jarang -jarang saya temui. Namun rakaman video dan foto tersebut agak kabur.
Pada mulanya saya hanya andaikan ia merupakan satu pancaran cahaya satelit seperti mana umum.
Balik solat terawih, terbaca satu post kenalan di FB, share fenomena yang sama. ia bukanlah fenomena biasa kerana ada inTernyatadividu lain yang turut menyedari sesuatu keanehan pada bulan malam itu.
Menjelang esoknya, barulah tersiar pelbagai info di sosmed bahawa fenomena tersebut bukanlah sesuatu yang biasa terjadi. Ia dikenali dengan Fenomena Gelinciran Planet Zuhrah Dengan Bulan.
Saya mula mencari gambar yang lebih jelas untuk abadikan sebagai kenangan di sini. Di beberapa buah negara lain, kedudukan cahaya tersebut adalah berbeza.
Kat mana pulak kedudukan Zuhrah?
Ooooooo bahasa omputih kata Venus... Ingat... Ingat... Ingat...
Maha suci Allah, sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan