Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Khamis, 30 Mac 2023

MENU BERBUKA 7 RAMADHAN HEHEHE...

Hari ni balik lambat lagi.
Rasa lepak sangat-sangat.
So kita beli kat Gerai Hajar lagi...
Zaujah belikan Nasi Ambeng.
MasyaAllah tabarakallah. Memang teringin sangat-sangat nak makan nasik ni. Walaupun dia punya rupa ada sikit kurang hensem, tapi rasa dia tetap bole layan.
Anak-anak ada yang pilih menu nasi ayam...
Ada yang pilih macaroni...
Ni Kak Uya punya... Beli satu je. Makan kongsi-kongsi. Adik-beradik bole jamah sorang sikit. InsyaAllah berkat. (Sebenonya... Mahal sangat).
Ni beli dua. Tapi ....
Satu da selamat kenaa belasah Hero Cokonot ni... Kikiki...
Da la sampai je umah, cukai abi eskim picit...
Hmmm... Cukai la naaaaak... Nanti kejap je masa berlalu... Tau tau da besooo je...

Selasa, 28 Mac 2023

MENU BERBUKA 6 RAMADHAN HEHEHE...

Balik lambat harini.
Alamat dapur tak berasap.
Maka menu berbuka puasa hari ni adalah menu gerai tepi jalan. Gerai Hajar jadi pilihan zaujah ngan anak-anak hari ini.
Nasi ayam & nasi ayam penyet sebagai hidangan utama.
Ada feveret kebab... Nyum Nyum Nyum
Cream puff untuk anak-anak.
Kuih ape ntah ni... Biasanya kite makan yg ijau je. Yang putih tu buat-buat tertanggal kat bekas... Kikiki
Puding telur... Baru azan da keruak. Siap amik gambo da lesap.
Ni pun sama. Sempat amik gambo sisa je... Laju betul budak-budak ni belasah. Sume tu tak sempat jamah...
Oh ye... Ni satu lagi...
Anak-anak tengah nak membeso, memang kekadang kena layankan. Walaupun poket tak berapa ada. Syukur zaujah sangat memahami dan banyak membantu.
Kikiki...
Apedaaaa si Cokonot nak jugak pakai spek dia yg da hilang cermin sebelah...

Isnin, 27 Mac 2023

MENU BERBUKA 5 RAMADHAN HEHEHE...

Zaujah tanya plan berbuka malam ni. Nak beli kat bazar, takde cash kat tangan katanya. Kitapun katalah, kita nak berbuka ngan masakan air tangan isteri. Kemain senyum dia. Jadi dia mintak kita masakkan nasi ngan keluarkan ikan dari peti.

Lepas amik anak, otak kita ligat fikir. Kalau nak berbuka dengan beli kat bazar, rabak jugak poket ni. Tapi rugi pulak rasa tak ambil peluang jamu orang berbuka puasa.

Sambil bayar cukai anak bongsu dengan Roti Cokonot ngn eskim picit dia, kita pun buat keputusan untuk masak mi goreng campak-campak.
Pastu kita masak sayur campak-campak untuk anak-anak.
Alhamdulillaah rezeki mak ngan akak ada hantar juadah.
Ada bubur kacang.
Kuih apa ntah yang nampak sedap ni... Tapi x sempat jamah, kena bedal dengan hero cokonot.
Ada sekali jemput -jemput kelapa. Memang lama betul tak makan ni.
Lepastu, Abg Meng pun ada anto juadah jugak. Umak aaaaih sodap kemain...
Entah apo namo ea ayam ni... Tapi dlm gamba lain macam pulak ghupa dia... Seram lak... Kikiki...
Abg Meng bagi sekali ngan apo namo ea... Porut lombu buek kerabu... Tapi kita sonyum je la nengok dio. Tak belaja lagi cara nak masukkan dio dalam perut kita. Kikiki...
Tambahan buat ngonyel-ngonyel... Keropok expired yang kita modified. Buh telur pastu campur ngn rempah ayam goreng. Hmmm... Memang pelik rasa dia, sebab bau tengik dia tak berapa hilang walaupun dah rebus dua kali dengan bawang putih. Tapi sedap je makan dengan nasik. Kikiki...
Aiiiii meriah jugak rezeki berbuka Allah kurniakan buat malam ni.

Moga Allah berkati. 
Terima kasih Allah berikan kami rezeki yang tidak disangka-sangka.

MENU BERBUKA 4 RAMADHAN HEHEHE...

Tetiba zaujah ajak berbuka umah mak hari ni. Dia teringin nak jamu keluarga sana. Nak masak tak sempat sebab banyak urusan kena buat sepanjang hari. Jadi juadah berbuka kita beli je kat gerai tepi jalan.
Beli sate sikit (tu dah agih 2 pinggan).
Mi celup 3 bungkus.
Mak ngan akak pulak hidangkan meggi goreng.
Tempe goreng cicah sambal kicap. Peeeeergh...
Ikan keli goreng.
Nugget untuk bebudak.
Jadi meriah jugak juadah berbuka malam ni.
Memasing fokus untuk dengar sayup-sayup suara tok bilal kumandangkan azan maghrib. Dah tak sabo memasing.

Alhamdulillah. Best, seronok dapat buka puasa dengan mak, akak ngan anak-anak buah.

Tapi tak dapat stay lama sebab hero-hero nak gi gunting rambut kat kedai Acik Omar.

Terima kasih nenek.
Terima kasih Mak Ana.

Ahad, 26 Mac 2023

MENU BERBUKA 1 RAMADHAN HEHEHE...

Hari pertama berbuka puasa biasanya akan cuba sedaya upaya untuk berbuka puasa bersama adik-beradik kat rumah mak. Sebelum berbuka boleh buat tahlil ringkas gitu.
Kita bagitau zaujah untuk buat roti jala sebagai bahan potluck kat umah mak. So zaujah tolong bancuh bahan, kita plak amik bahagian masak dan finishing.
Pastu kita buh dalam bekas roti yang orang bagi semalam. Kita basuh pastu lap bersih-bersih. Fuh... Macam ada bakat meniaga rotu jala ni.... Kikiki ..

Zaujah kata kat Terengganu panggil PUKAT BURUK... 
Pinjam gambar dari Cookpad. (KREDIT)

Cecah ngn kuah manis kalau kat sana.
Hmmm... Pernah makan. Bole layan jgk rasanya.

Lepas tahlil ringkas, ngam-ngam masuk waktu berbuka.
...eh... Ni gambo menu yang da luak.....
...hmmm... Xde pulak gambo menu yang lum luak...
Ada lagi menu lain kat dalam video... Tapi edit gun hp ni macam xleh lak upload video kat sini. Hmmm ... X reti agaknya.

Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah... Dapat kumpul adik beradik dalam Ramadhan pertama ni. 
Siru ala barakatillah....

MENU BERBUKA 2 RAMADHAN HEHEHE...

Tak best pulak kalau tak simpan pasal menu hari kedua beebuka Ramadhan 2023.

Memula berbuka ringan-ringan kat rumah. Kemudian gi terawikh. Balik terawikh terus singgah Warung Tak Bai kat Maju Jaya. Dijamin insyaallah makanan Thai kat sini best-best. Paling penting dia masak memang cepat gile. 
Sup Daging Thai + Mee Hoon.
Bukan mee Hoon sup biasa tu. Tapi sup daging yang kita suu dia buh Mee Hoon. Memang padu. Rasa pedas pedas gitu.
Somtam aka kerabu betik muda. Da lama tak pekena. Memang padu. Kena betul dengan rasa masam limau nipis dia. 

Anak-anak kita bagi dia nasi goreng Pattaya. Bagi kenyang skit.

MENU BERBUKA 3 RAMADHAN HEHEHE...

Zaujah ajak bako ikan cencaru. Mak aih, beso-beso jugak dibelinya. Masa basuh ikan boleh terliur pulak tengok. Memang ikan feveret sangat-sangat katakan.

Tup tup hujan lebat. Jem jugak pikir nak bako macamana. Mujur kita well train dengan ilmu survivor masa ROTU. Kikiki... 
Bakolah cemana gaya pun. Yang penting matlamat tercapai. Mujur stok arang ada lagi.
Nak gelak jugak bila tengok ikatan dawai tu macam tak nak kasi orang makan. Kikiki...
Siap dah menu utama lauk berbuka untuk hari ketiga. Alamak, takde pulak gambar air asam sebagai pencicah. Kikiki...
Menu tambahan, jemput-jemput kubis.
Untuk budak-budak kita bagi makan soon sampai lebam. Aih... Geram plak tengah puasa tengok gambo ni... Kikiki...

Well...

Zaujah tahu ikan kegemaran saya.
Cencaru (ikang kerah eko)
Kerisi
Tongkol (ikang aye)
Bolos

Saya pun tahu ikan kegemaran dia.
Selayang!!!
Selayang!!!
Selayang!!!

Kikiki...

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design