TIBA KE TAK TIBA
Engkau tiba...
Ke engkau tak tiba
Ke engkau nak tiba
Ke engkau tak jadi tiba
Ke engkau memang tiba
Ke engkau memang takkan tiba
Buat aku gundah gulana
Buat si rambut panjang mengiau
Buat si rambut panjang separuh hentak kepala ke meja
Buat si gelap terasa takkan putih
Buat si rendah terasa takkan tinggi
Buat si bapak lenguh liur
Kau tiba ke tak
Tiba kata tiba
Tak tiba jangan kata tiba
Tiba jangan kata tak tiba
Tiba ke tak tiba
Tak tiba ke tiba
Karang...
Tiba-tiba kau tak tiba
Tiba-tiba kau tiba
Tibalah tiba
Taklah tak
Tibalah
Lapang kepala semua!!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nukilan saat menantikan "buah yang tak gugur" untuk syarikat.
Khabarnya minggu sudah, jadi minggu ni, pastu jadi minggu depan pulak.
Sudahnya jadi macam menunggu buah tak gugur.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selasa, 7 April 2015
EMBAH DAH PERGI
EMBAH DAH PERGI
Dia berwajah ceria
Seribu kedut wajahnya
Terukir kerana senyuman manisnya
Tawanya sekadarnya
Marahnya tanda wibawa
Tulang empat kerat
Dibanting penuh semangat
Pohon ditoreh sepenuh kudrat
Pelepah disabit basah dek keringat
Anak-anak takkan hampa meminta pastikan dapat
Cucu-cucu menumpang turut merasa rahmat
Kampung ke estet lanjut ke taman
Taman Seri Aman jadi hentian
Mengisi waktu penghakis zaman
Hanya isteri jadi teman
Bersama Wati pengisi kekosongan
Pengurus kehidupan
Gering tiba
Musibah menimpa
Derita tak terhambur dengan bahasa
Sengsara tak terukir dengan kata-kata
Tinggallah kulit dan tulang bernyawa
Tiada suara jauh sekali bicara
Mentari di barat
Dia dijelang sakarat
Anak cucu berderaian airmata
Suasana penuh hiba
Tinggallah sebuah kisah
Takkan bisa lagi digubah
Telah pergi insan disegani
Embah ... moga dirahmati
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sajak untuk atuk. Beliau baru pergi menemui ilahi. Nukilan buat mengingati saat
pemergiannya. Moga dia sentiasa di dalam rahmat Allah yang Maha Esa.

UTAMAKAN HAK ALLAH
UTAMAKAN HAK ALLAH
Hak Allah bukan yang kedua
Untuk kita jaga
Allah akan sempurnakan dunia kita
Bila jadikanNya yang pertama
Asbab kita wujud di dunia
Yang lain jadi kedua ketiga dan ke seterusnya
Hak Allah paling utama
Berbanding semua perkara
Boleh buat kita bahagia
Boleh buat kita celaka
Boleh buat kita ke Syurga
Boleh buat kita ke Neraka
Selamanya
Sibuknya kita bekerja
Itu urusan dunia
Sibuknya kita berkarya
Itu urusan dunia
Sibuknya kita mengawal negara
Itu urusan dunia
Sibuknya menjaga rumahtangga tercinta
Itu urusan dunia
Semua jadi kedua ketiga dan ke seterusnya
Hak Allah yang pertama
Perhatikan ia
Jangan sekali terlupa
Jangan pernah jadikannya yang kedua
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sajak : Utamakan Hak Allah
Sebagai ingatan buat diri yang sering lalai untuk solat sebaik masuk waktu.
Padahal perkara melambatkan solat takkan berlaku kalau istiqamah menunaikan
solat di masjid secara berjemaah. Usia makin berkurang, tapi diri bagaikan di
takuk lama dalam ibadah.

NAFAS PAGI
NAFAS PAGI
Pagi-pagi biar tenang
Bukan perang
Pagi-pagi biar senyum
Bukan mengaum
Pagi-pagi biar aman bahagia
Bukan huru-hara
Pagi-pagi biar harmoni
Bukan basi-basi
Pagi-pagi biar teratur
Bukan terabur
Pagi-pagi biar pahala tersalut
Bukan kusut serabut
Pagi-pagi biar macam nelayan turun ke laut
Bukan macam nelayan di pasar serabut
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sajak : Nafas Pagi
Sajak pagi yang dinukilkan waktu pagi pada pagi yang serabut dan huru-hara.
Terhambur bahasa pagi yang diharapkan tapi entah bagaimana membentuknya.
Sesungguhnya pagi adalah permulaan hari baru selepas kita dimatikan seketika
sebaik pertukaran hari menjelang maghrib. Sebaiknya ia perlu disambut dan dimulai
dengan penuh kemanisan, keharmonian, pengharapan dan persediaan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Langgan:
Catatan (Atom)