Sabtu, 11 Mei 2013
Jumaat, 10 Mei 2013
BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA
ALHAMDULILLAH
Ada tak ucap kalimah tu hari ni?
Itulah ucapan yang memanjangkan lesen pinjam semua benda milik Allah SWT.
Pinjam apa?
Mata, telinga, hidung, mulut, suara, tekak, anak tekak, kerongkong, otak, saraf otak, kulit, bulu roma, rambut, kening, bulu mata, gigi, rahang, tulang-temulang, otot-otot.... woooooooooooaaaaa... banyak benda yang kita pinjam. Tu baru kat tubuh. Isteri, anak, ilmu, ... semua tu milik Allah.
Padah tak bersyukur?
Kalau Allah ambik balik... hilang, mati, tak boleh guna, krem, jem, buta....
Kalau banyak bersyukur, dapat nikmat guna lama...
Kalau dah bersyukur tapi Allah ambil balik jugak?
Tanda Allah beri perhatian kat kita, nak uji untuk naikkan tahap Iman. Syaratnya sabar dan redha.
Teringat pulak nasyid lama ni... group al-Arqam. Moga jadi iktibar. :)
Ada tak ucap kalimah tu hari ni?
Itulah ucapan yang memanjangkan lesen pinjam semua benda milik Allah SWT.
Pinjam apa?
Mata, telinga, hidung, mulut, suara, tekak, anak tekak, kerongkong, otak, saraf otak, kulit, bulu roma, rambut, kening, bulu mata, gigi, rahang, tulang-temulang, otot-otot.... woooooooooooaaaaa... banyak benda yang kita pinjam. Tu baru kat tubuh. Isteri, anak, ilmu, ... semua tu milik Allah.
Padah tak bersyukur?
Kalau Allah ambik balik... hilang, mati, tak boleh guna, krem, jem, buta....
Kalau banyak bersyukur, dapat nikmat guna lama...
Kalau dah bersyukur tapi Allah ambil balik jugak?
Tanda Allah beri perhatian kat kita, nak uji untuk naikkan tahap Iman. Syaratnya sabar dan redha.
Teringat pulak nasyid lama ni... group al-Arqam. Moga jadi iktibar. :)
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh
Lagu : The Zikr
Lirik : Pahrol Mohd Juoi
Hakcipta : OVA Productions
APA GUNA ADA FB TWITER BLOG DLL KALAU...
Betul juga ...
Bila fikir-fikirkan, bila kita mati kelak, ada ke orang yang kita sayang akan sedekah al-Fatehah untuk kita saban waktu, saban hari, 24 jam. Bekal kita? Cukup banyak ke sampai tak perlu kepada sedekah tu?
Bila kita mati, terputus semua amal. Nak akaun pahala berterusan kena ada anak soleh, isteri solehah dan amal jariah.
Blog umpamanya boleh jadi salah satu bank untuk akaun pahala yang tak putus. Contoh paling mudah, kita bubuh kat blog kita "DOA NAK MASUK TANDAS". Pastu ada orang yang langsung tak tau doa nak masuk tandas, dia search kat internet, lepas tu terjumpa kat blog kita. Dia pun hafal dan amalkan. Perh... pahala tak putus untuk kita... bila dia ajar nenek dia, pak long dia dan anak-anak buah dia, pastu semua amalkan, peeeeeeergh.... lagi berganda pahala. Nampak simple kan....
Tapi AWAS... (ACHTUNG!)... kalau kat blog kita ada gambo benda tak elok (boleh undang dosa.... contoh gambo kita tayang kepala lutut...) dia tetap jadi akaun dosa yang tak henti-henti selagi gambo tu tak di delete. Bahaya geng. Takkan nak jadi hantu, pastu menjelma kat adik kita mintak tolong deletekan.
Bila terkenang hal macam nilah, maka saya terpanggil nak update blog ni. Manalah tahu hayat yang ada ni dah tak lama. Kurang-kurang ada juga kemungkinan nak jana pahala masa dah alam lain kelak.
Jadi, mari kita jadi pandai guna kemudahan yang ada untuk kita jadi kaya kat akhirat.
Wassalam.
CARA MENCEGAH KEMUNGKARAN
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Terjemahan :
"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman."
(HR Muslim, no.70, lidwa, jalur Abu Sa`iid al-Khudri ra)
Nak katenye, kalau nampak benda tak elok, jangan biarkan hati kita kosong, sebab ia tanda redha dengan benda tu.
Contoh paling mudah, tengah jalan-jalan, nampak couple dok pegang tangan pastu siap kiss-kiss lagi. Jangan jadikan insiden tu macam kita tengok ayam patuk beras. sebaliknya kena hadirkan dalam hati kita rasa tak suka dan benci dengan perbuatan mereka tu. Dalam hati juga kena ada doa moga Allah bagi petunjuk buat mereka.
Jangan lupa doa masa tu juga agar Allah tak uji kita sampai kita terbuat benda yang serupa, dan Allah jauhkan dari perkara tersebut dilakukan oleh seluruh zuriat dan keturunan kita.
Tapi takkan sampai bila-bila pun nak ada kat stage "selemah-lemah iman" geng. Afdlin Shauki pun da pandai tegur orang buat salah dengan lisan geng. Tu dah naik level kira tu... :)
GAMBARAN SAIZ NABI ADAM A.S
Sabda Rasullulah SAW:
“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“
(HR.Bukhari, Imam Muslim dan Imam Ahmad)
Kesimpulan :
1. Berdasarkan hadith, ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta.
2. 1 hasta = 45.72 cm.
3. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam.
4. Cuba lihat replika baju Nabi Adam a.s di dalam gambar.
5. Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya.
6. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter.
Bayangkan saiz baginda dengan 2 orang Arab yang berhampiran baju tu. Saiz kita dengan orang Arab pun dah jauh beza.
Wallahu'lam.
Langgan:
Catatan (Atom)