Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Selasa, 8 Mac 2011

Volvo 245 Rektor Edition



Ramai cikgu yang guna kereta "old school" masa saya sekolah dulu. Tapi rata-rata kerana mereka minat dengan rekabentuknya yang klasik. Berbeza dengan cikgu kat US sorang ni. Berhabis USD18,995 untuk menaik taraf sebuag model Volvo 245 model keluaran 1978 sehingga kelihatan seperti sebuah kereta drag! Beliau telah meningkatkan kuasanya kepada 410 HP dengan gabungan enjin V8 Chevrolet 350. Bukan itu sahaja, sistem suspensi dan brake juga telah ditingkatkan keupayaannya untuk keselamatan yang maksimum. Hmmm... apa kata cikgu-cikgu lain? Ada yang berminat untuk menghabiskan duit masing-masing dengan cara sebegini? Hehe...

Ramai lagi anak-anak murid di kampung-kampung yang pergi ke sekolah dengan perut kososng. Malah ramai yang tak mampu menjelaskan yuran yang sekadar 30 ringgit setahun. Ramai yang tak bersekolah kerana kemiskinan. Jadi, dari perabih duit dengan cara demikian, baik pergi cari orang-orang miskin tersebut untuk bantu mereka hidup! Jangan sampai kita kufur nikmat!!!

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design