Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Isnin, 26 Oktober 2009

PEMBUAT KOPI TERMAHAL

Suka minum kopi?
Sedap kan! Pernah rasa kopi mahal?
Tentu lagi sedap kan! Kopi Luwak pernah minum? Sedap? Harganya mencecah $600.00 tau.
Kenapa mahal sangat? Macam ni proses penghasilannya :

Kenal ni? Civet a.k.a Musang Pulut. Kerjanya ialah makan buah-buahan segar. Kopi pun dia telan juga. Manis rasanya tau kopi yang baru dipetik ni.

Kopi dipetik dikumpulkan ke satu tempat. Kemudian diagih-agihkan kepada para pengusaha kopi untuk proses seterusnya.

Kemudian semua kopi-kopi tadi di hantar ke unit ini. Untuk apa?
Untuk dia makan semua kopi-kopi tu sampai habis! Amboi kenyanglah dia kan!
Kopi yang ditelan oleh musang tadi akan bercampur dengan enzim-enzim pencernaan dalam perut musang tersebut. Selepas "proses" tersebut siap maka ia akan "dikeluarkan semula" untuk proses berikutnya. Erk!....

Wajah-wajah kopi yang telah disebatikan dengan enzim dalam perut musang! Ia menghasilkan suatu rasa unik kepada penggemarnya. Huhu...


Ia kemudian dibasuh sampai "bersih"...errr...susah nak eksplain...


Setelah itu dijemur untuk dikeringkan, seterusnya menjalani proses penghasilan kopi normal.

Nampak tu. Putih "bersih" kopi tadi tu kan?!

Hah ...dah pun siap untuk dipasarkan. Yang ni Kopi Alamid buatan Filipina. Menurut sumber, ada yang sewaktu dengannya di hasilkan di sekitar Jawa Barat. Kalau dah tak ada kerja sangat, pegilah cari...Euw!!!!

MODEL BARU PROTON !!?

Minta tolong sesiapa sahaja yang ada informasi tentang gambar berikut kongsikan bersama. Sesiapa yang mahir dalam perisian adobe photoshop@CS dll, tolong belek sikit.
Sahih ke super impose?
Ada pula desas desus katakan ia bakal menggantikan Proton WAJA?! Ye ke?


Ada pula yang katakan harganya ada yang boleh didapati di bawah paras RM 55,000?! Ye ke?
Kalau sekali pandang cockpit dia, dashboard & exterior meleleh juga ni. Mengancam!
Macam mustahil dengan harga tu boleh dapat kemasan begini.
Mungkin harga tersebut adalah untuk yang baseline ke...taklah untuk semua model ni kot!
Harap-harap adalah siri enjinnya yang 1800cc. Baru seronok!
Bukan macam Exora 1600cc, sedangkan model asalnya (Grandis) 2400cc. Lucu!
Moga sambutan untuk Proton lebih baik pada masa mendatang.
Dan Proton pula harap jangan ada double standard antara kualiti untuk pasaran domestik dengan pasaran luar.
Macam Gen2 saya baru pakai dua bulan lampu dalam yang kat bumbung da tak menyala, pemegang pintu pemandu patah ( tu guna cara sayang tu!! kalau cara kasar agaknya dengan pintu sekali tanggal ) dan batang pengunci pintu belakang tidak berfungsi, ditambah dengan button radio di stereng rosak. Aduuu...kereta baru tu!!

Jumaat, 23 Oktober 2009

JANGAN MAKAN AISKRIM INI

Geram kalau tengok ice cream ni kan?!
Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak yang melihatnya.
















Sebenarnya inilah kreatifnya manusia. Macam-macam.
SABUN pun buat macam makanan.
Kan bahaya kalau kanak-kanak termakan.







Tilam Hiasan 3D

Apa motif agaknya tilam sebegini direka ya?
Kalau sekadar buat hiasan boleh la kot. Nak buat tido, erm...sayangnyer. Baik tampal kat dinding buat hiasan.







Kena kat adik-adik yang masih kencing malam, aduhai hidup pulak ikan-ikan tu kan?! :D


bX-59cppw

bX-59cppw

Agak mengejutkan bila blog ACHTUNG!

tidak dapat diakses beberapa ketika. Beberapa blog teman lain turut mengalami nasib sama.

Yang keluar hanya kod di atas.

Macam-macam ikhtiar saya lakukan untuk menyelesaikannya. Sehinggalah saya lihat di mana-mana forum, rupanya ia menjadi isu hangat di serata dunia. Saya tidak ketinggalan menyertai forum tersebut.

Namun sebaik menamatkan forum, saya cuba sekali lagi ke ACHTUNG!. Syukurlah boleh akses kembali.

Terima kasih google...jangan buat hal lagi ok! Kang lari ke wordpress baru tau!

Isnin, 19 Oktober 2009

BLOG UTZH. SHAMTIDAR

Salam semua. Pengumuman buat adik2 SMIH, kita ada warga blogger baru. Bagi yang tak belum pernah berkunjung silalah ke http://www.tintahijauputih.blogspot.com/



Semoga bermanfaat untuk kita semua. :D

ULAR BESAR

Puas saya perhatikan gambar ni. Tak jumpa kesan kemahiran editing. Bagi saya gambar ini "real", cuma tak ada maklumat tentangnya. Kalau sesiapa ada maklumat atau komen, mari kongsikan bersama.




Thanks 2 abyrad

Penyamaran Baik Punya

Tak perlukan adobe photoshop atau mana-mana perisian nak jadikan macam ni. CAT sahaja diri anda. Tak percaya, cuba buat. Selamat mencuba!










PENGEMIS PENIPU














Moga Allah berikan petunjuk kepadanya.
Thanks to abyrad

Naskhah Quran Tidak Hangus













Rabu, 7 Oktober 2009

PRINSIP HIDUP USTAZ ASRI RABBANI

"...moga saya dapat jadi macam abi saya..."

Aku adalah pengejar syurga akhirat,
bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;
aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.
Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku.
Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.
Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...

BELI KERETA "CASH"!

Nak beli kereta?
Baik beli secara "cash"!
Kenapa?
Sebab takde riba'. Riba' kan haram.
Tak ada orang buat? >>>sapa kata???
Ni buktinya...hehehe

Tengok dia bawa kotak yang berat tu. Ingat isi dia anak kucing?


Takkan anak kucing bawa ke kedai jual kereta?

Hah tengok isi kotak tu. Berbungkal-bungkal duit. Tentu bertahun dia kumpul.

Pastu mereka kira balik beramai-ramai. Tak guna mesin kira automatik pula tu.

Dah sudah kira, buat sedikit pendokumentasian. Tak susah belakang hari.

Hah, tu dia kereta idamannya. Cherry kan. Model apa tak taulah.
Puas hati, tak pening dengan hutang.
Nak buat? Silakan.
Tapi...
Hati-hati dengan peragut...
ACHTUNG!





IKAN COMEL

Bila lihat gambar-gambar berikut, ucapkanlah
Subhanallah
Walhamdulillaah
Walailha illallah
Wallahu akbar







Hebatnya Allah. Cumanya kalau kita lihat dengan mata, ia sekadar ikan dan hidupan laut yang bersepah sekadar melengkapkan ekosistem.
Cuba kita lihat dengan MATA HATI, tentunya akan menundukkan kita sekalipun kita memiliki takhta. Kita akan merasakan diri kita terlalu kerdil dan kita akan memandang persekitaran kita dengan mata yang adil.

BICARA BUAT US. RAHIM

"...byk ilmu yg dpt kongsi dgn dia sepanjang 3 tahun kat smih tu.. semua yg us anuar beritahu pasal dia semua nya benar belaka. naqib ana sepanjang tahun terakhir di smih. seronok sgt2. seorang kawan, sahabat, rakan sekerja yg tak dpt diganti..

Alhamdulillah, ana sempat copy folder e-book beliau yg beliau kumpul dr internet sepanjang beliau di smih. folder tu byk mengandungi fail2 dan buku2 dan kitab2 yg tak mungkin dpt dibeli dipasaran... ana juga akan memberikan dan menyebarkan fail tersebut (dah dpt kebenaran dah) kepada sesiapa sahaja yg mahukannya.. juga ke dalam mane2 komputer yg ana format selama ini...

Begitulah antara pahala berpanjangan beliau sesudah beliau pergi meninggalkan smih....

Jasa dan budi beliau di smih perlu di beri penghargaan sewajarnya oleh pengetua dan pihak atasan dgn mengenetepikan segala prosedur dan birokrasi yg ada...

Semoga beliau terus dirahmati dan dipermudahkan urusannya sepanjang hidupnya..."

ZAJ 5 Oktober 2009

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design