Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Isnin, 26 Oktober 2009

PEMBUAT KOPI TERMAHAL

Suka minum kopi?
Sedap kan! Pernah rasa kopi mahal?
Tentu lagi sedap kan! Kopi Luwak pernah minum? Sedap? Harganya mencecah $600.00 tau.
Kenapa mahal sangat? Macam ni proses penghasilannya :

Kenal ni? Civet a.k.a Musang Pulut. Kerjanya ialah makan buah-buahan segar. Kopi pun dia telan juga. Manis rasanya tau kopi yang baru dipetik ni.

Kopi dipetik dikumpulkan ke satu tempat. Kemudian diagih-agihkan kepada para pengusaha kopi untuk proses seterusnya.

Kemudian semua kopi-kopi tadi di hantar ke unit ini. Untuk apa?
Untuk dia makan semua kopi-kopi tu sampai habis! Amboi kenyanglah dia kan!
Kopi yang ditelan oleh musang tadi akan bercampur dengan enzim-enzim pencernaan dalam perut musang tersebut. Selepas "proses" tersebut siap maka ia akan "dikeluarkan semula" untuk proses berikutnya. Erk!....

Wajah-wajah kopi yang telah disebatikan dengan enzim dalam perut musang! Ia menghasilkan suatu rasa unik kepada penggemarnya. Huhu...


Ia kemudian dibasuh sampai "bersih"...errr...susah nak eksplain...


Setelah itu dijemur untuk dikeringkan, seterusnya menjalani proses penghasilan kopi normal.

Nampak tu. Putih "bersih" kopi tadi tu kan?!

Hah ...dah pun siap untuk dipasarkan. Yang ni Kopi Alamid buatan Filipina. Menurut sumber, ada yang sewaktu dengannya di hasilkan di sekitar Jawa Barat. Kalau dah tak ada kerja sangat, pegilah cari...Euw!!!!

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design