Minta tolong sesiapa sahaja yang ada informasi tentang gambar berikut kongsikan bersama. Sesiapa yang mahir dalam perisian adobe photoshop@CS dll, tolong belek sikit.
Sahih ke super impose?
Ada pula desas desus katakan ia bakal menggantikan Proton WAJA?! Ye ke?
Ada pula yang katakan harganya ada yang boleh didapati di bawah paras RM 55,000?! Ye ke?
Kalau sekali pandang cockpit dia, dashboard & exterior meleleh juga ni. Mengancam!
Macam mustahil dengan harga tu boleh dapat kemasan begini.
Mungkin harga tersebut adalah untuk yang baseline ke...taklah untuk semua model ni kot!
Harap-harap adalah siri enjinnya yang 1800cc. Baru seronok!
Bukan macam Exora 1600cc, sedangkan model asalnya (Grandis) 2400cc. Lucu!
Moga sambutan untuk Proton lebih baik pada masa mendatang.
Dan Proton pula harap jangan ada double standard antara kualiti untuk pasaran domestik dengan pasaran luar.
Macam Gen2 saya baru pakai dua bulan lampu dalam yang kat bumbung da tak menyala, pemegang pintu pemandu patah ( tu guna cara sayang tu!! kalau cara kasar agaknya dengan pintu sekali tanggal ) dan batang pengunci pintu belakang tidak berfungsi, ditambah dengan button radio di stereng rosak. Aduuu...kereta baru tu!!
5 ulasan:
http://www.proton.co.uk/about/history/impian.php
kami baru wat lawatan ke proton aritu.. mmg ade kete ni.. tp ni utk pasaran luar negara.. byk lagi model n specs yg ok dari proton.. tp sume hntr luar negara.. murah plak tu...
biase la "rakyat diDAHULUKAN"
Masya Allah... gitu ke? Kenapa gitu heh? Enta ada tak ambil gambar2 kereta2 untuk pasaran luar tu? Tentu mereka tak izin kot. Kenapalah macam tu kan. Agaknya kalau kita nak guna kereta buatan tanah air, kita kena beli kat luar negara kot!??
Hmmm... "RAKYAT DIDAHULUKAN" ???
Funny!!!
same je kalau beli kat luar negara.. nak bwk masuk kene byr cukai gak.. tu yg ana cakap... ni la maksudnya rakyat didahulukan.. gambar tu ade tp bkn kamera ana.. kat internet pon banyak.. ade section yg x bleh amek gamba.. kebanyakan model yg lawa2 teknologi lotus skrg.. tp x salah la, coz msia ade saham lotus.. yg iras2 mitsu pon ade..
p/s: derang akan still mcm ni selagi pengguna msia x fight blek..
Proton akan lancarkan proton tuah pada bulan March ini 2012 ganti pesona dan dikuti nama empat tuah bersaudara itu.
Catat Ulasan