Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Jumaat, 28 November 2025

KEMALANGAN MAUT JALAN BUKIT APING - KANGKAR PAPAN

Lebuhraya Bukit Aping – Kangkar Papan, Kota Tinggi, Johor digemparkan dengan satu kemalangan maut apabila sebuah lori dipercayai hilang kawalan dan melanggar objek di laluan tersebut, menyebabkan bahagian hadapan kenderaan rosak teruk sebelum terbakar sepenuhnya.

Pemandu lori mengalami kecederaan serius dan tersekat di tempat duduk. Pasukan bomba yang tiba di lokasi menemui mangsa telah meninggal dunia akibat kebakaran selepas api berjaya dipadamkan.

Pihak berkuasa menasihatkan semua pemandu supaya:

  • sentiasa memeriksa keadaan kenderaan sebelum perjalanan, termasuk brek, tayar dan muatan,

  • memandu pada kelajuan selamat,

  • berwaspada dengan keadaan jalan, serta

  • mengelakkan pemanduan ketika letih atau membawa muatan berlebihan.

Berhati-hatilah semasa memandu. Apapun yang sedang dikejarkan, pastikan sentiasa utamakan aspek keselamatan. Memandu perlu sentiasa waras dan ketepikan emosi. Abil kira juga aspek kesihatan dan kemampuan. Saat terasa letih, lakukan sesuatu dan jangan dipandang ringan. Aspek teknikal kenderaan juga memberi kesan yang sangat besar jika diabaikan penjagaannya.

Hargai nyawa sendiri dan juga nyawa orang lain. 





Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design