18 November 2025 (Selasa), jam 3.13 petang, satu kemalangan maut melibatkan tiga kenderaan berlaku di Jalan Senai–Seelong, Kulai, Johor.
Siasatan awal mendapati sebuah Perodua Bezza yang berhenti untuk membelok ke kanan menghala ke Taman Impian Jaya telah dilanggar dari belakang oleh sebuah lori. Impak kuat menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah lagi lori.
Kemalangan ini mengakibatkan tiga mangsa meninggal dunia: pemandu lori pertama seorang penumpang wanita Perodua Bezza, dan pemandu lori kedua selepas menerima rawatan di hospital.
Saya abadikan di sini, buat ingatan bersama. Berhati-hatilah saat memandu. Berdoa setiap kali memasuki kenderaan. Ajal & maut di tangannya. Tapi langkah keselamatan dan doa antara langkah mencegahnya.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan