Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Jumaat, 28 November 2025

KEMALANGAN MAUT JALAN BUKIT APING - KANGKAR PAPAN

Lebuhraya Bukit Aping – Kangkar Papan, Kota Tinggi, Johor digemparkan dengan satu kemalangan maut apabila sebuah lori dipercayai hilang kawalan dan melanggar objek di laluan tersebut, menyebabkan bahagian hadapan kenderaan rosak teruk sebelum terbakar sepenuhnya.

Pemandu lori mengalami kecederaan serius dan tersekat di tempat duduk. Pasukan bomba yang tiba di lokasi menemui mangsa telah meninggal dunia akibat kebakaran selepas api berjaya dipadamkan.

Pihak berkuasa menasihatkan semua pemandu supaya:

  • sentiasa memeriksa keadaan kenderaan sebelum perjalanan, termasuk brek, tayar dan muatan,

  • memandu pada kelajuan selamat,

  • berwaspada dengan keadaan jalan, serta

  • mengelakkan pemanduan ketika letih atau membawa muatan berlebihan.

Berhati-hatilah semasa memandu. Apapun yang sedang dikejarkan, pastikan sentiasa utamakan aspek keselamatan. Memandu perlu sentiasa waras dan ketepikan emosi. Abil kira juga aspek kesihatan dan kemampuan. Saat terasa letih, lakukan sesuatu dan jangan dipandang ringan. Aspek teknikal kenderaan juga memberi kesan yang sangat besar jika diabaikan penjagaannya.

Hargai nyawa sendiri dan juga nyawa orang lain. 





KEMALANGAN MAUT DI SIMPANG MASUK KE TAMAN IMPIAN JAYA, SEELONG - SENAI. 

18 November 2025 (Selasa), jam 3.13 petang, satu kemalangan maut melibatkan tiga kenderaan berlaku di Jalan Senai–Seelong, Kulai, Johor.

Siasatan awal mendapati sebuah Perodua Bezza yang berhenti untuk membelok ke kanan menghala ke Taman Impian Jaya telah dilanggar dari belakang oleh sebuah lori. Impak kuat menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah lagi lori.

Kemalangan ini mengakibatkan tiga mangsa meninggal dunia: pemandu lori pertama  seorang penumpang wanita Perodua Bezza, dan pemandu lori kedua selepas menerima rawatan di hospital.

Saya abadikan di sini, buat ingatan bersama. Berhati-hatilah saat memandu. Berdoa setiap kali memasuki kenderaan. Ajal & maut di tangannya. Tapi langkah keselamatan dan doa antara langkah mencegahnya.









Alfatihah.




Selasa, 25 November 2025

 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2025


25 November 2025, bermulanya peperiksaan SPM 2025. Dijadualkan berakhir 23 Disember 2025. 

Besar dah anak kesayangan Abi Umi. Tak sedar masa berlalu, dah SPM dah. Pagi ni Abi cuba tenteramkan diri. Dah sebulan lebih Abi gelisah, resah. Macam Abi yang nak amik exam. Hanya dengan dekatkan diri padaNya buat Abi rasa tenang. Dan kemudian gementar tu datang balik. Abi yakin, Umi jugak macam tu.

Saja Abi nak catatkan kenangan perasaan hari ni kat sini. Seribu satu perasaan yang tak pun Abi rasa masa Abi sendiri nak amik SPM & STPM dulu. Dulu Abi amik SPM kat Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Ulu Tebrau. Abi batch pertama student Sains Tulen (Pure Science) masa tu. Add math, Physics, Chemistry, Biology... abi terpaksa belajar tanpa senior, tanpa sesiapa yang boleh dirujuk kat rumah. Cikgu pulak bersilih ganti bertukar guru. Ada yang belum sempat ingat nama, dah tukar cikgu lain. Kawan-kawan pun lebih kurang level kita je "bedul" nyeh... hihihi.


Ni masa Abi SPM. Tapi gambar tu campur tingkatan lain.

Abi harungi SPM dengan penuh tawakal. Hanya berbekalkan kefahaman dari buku teks dan sedikit buku rujukan. Belum lagi cerita jiran yang pasang HiFi kuat-kuat sampai nak bercakap dengan orang sebelah pun tak dengar! Siang malam gedegung gedegung! Sampai Abi terpaksa jalan kaki ke sekolah semula untuk dapatkan suasana tenang untuk belajar. Tu pun belajar sorang-sorang. Abi tak ada kawan baik macam orang lain. Dan Abi memang tak pandai berkawan pun. Semua kawan yang ada sekadar rakan sekelas je gitu.  Hari melangkah masuk dewan SPM 1994, hanya sekadar melengkapkan sebuah tanggungjawab yang tak boleh kita elak. Tenang, saat kawan bolak balikkan buku menghafal nota akhir. 

Tu belum cerita lagi bab Abi nak amik SPM, sedang baru kehilangan abah secara mengejut.

Umi lagi hebat. SPM belajar sendiri! Panjang kisahnya tu...

Abi faham gemuruh di hari pertama SPM ini. Abi dan Umi terasa gementarnya sebagai parent. Nak tido malam... resah. Kakak OK ke tidak... kakak sihat ke tidak... macam-macam dalam kepala. Sampaikan kalau Abi bawak kereta tu, khayal tak sedar terlepas simpang di laluan rutin harian pergi balik kerja. Migrain, sakit kepala, sakit-sakit badan, nak demam... macam-macam lagi. Tapi tak sesekali Abi ceritakan kat anak-anak. Supaya anak-anak tak bimbang, tak risau, supaya boleh fokus untuk buat yang terbaik.

Harini, Abi Umi baca yassin, buat solat hajat untuk kakak. Abi Umi dah bagitau nenek & sedara mara untuk doakan kakak. Moga Allah bantu kakak & takdirkan kakak cemerlang SPM2025 ni insyaAllah Amiin. Abi baru bincang dengan Umi untuk buat jamuan pada cikgu2 sekolah Umi, moga-moga ada doa yang mereka titipkan buat kecemerlangan kakak.

﷽꧂

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِنُورِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ،
أَنْ تَبْسُطَ عَلَى أَبْنَائِنَا وَبَنَاتِنَا سَكِينَةً تُطَمْئِنُّ بِهَا قُلُوبَهُمْ،
وَتَفْتَحَ لَهُمْ أَبْوَابَ الْفَهْمِ وَالْحِكْمَةِ، وَتُلْهِمَهُمُ الصَّوَابَ وَالرَّشَادَ.

اللَّهُمَّ يَا رَبَّ الْعَقْلِ وَالْبَصِيرَةِ،
يَسِّرْ لَهُمْ كُلَّ مُعْسَرٍ، وَقَرِّبْ لَهُمْ كُلَّ بَعِيدٍ،
وَاجْعَلْ تَعَبَهُمْ نُورًا، وَسَعْيَهُمْ بَرَكَةً، وَاجْتِهَادَهُمْ سَبَبًا لِلْفَوْزِ وَالنَّجَاحِ.

اللَّهُمَّ ارْزُقْهُمْ ثَبَاتَ الذِّهْنِ، وَحُضُورَ الْقَلْبِ،
وَاجْعَلْ أَلْسِنَتَهُمْ طَلِقَةً بِالصَّوَابِ،
وَأَقْلَامَهُمْ جَارِيَةً بِالْحَقِّ، وَأَجْوِبَتَهُمْ مُوَفَّقَةً بِالْإِلْهَامِ.

اللَّهُمَّ احْفَظْهُمْ مِنْ كُلِّ وَهْنٍ وَنِسْيَانٍ،
وَاصْرِفْ عَنْهُمُ التَّشْتِيتَ وَالِاضْطِرَابَ،
وَامْنَحْهُمُ الطُّمَأْنِينَةَ الَّتِي يَسْتَقِرُّ بِهَا الْقَلْبُ وَيَنْشَرِحُ بِهَا الصَّدْرُ.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ هَذَا الِامْتِحَانَ خُطُوَةً نَحْوَ فَتْحٍ جَدِيدٍ،
وَبَابًا لِلتَّوْفِيقِ وَالرِّضَاكَ،
وَاكْتُبْ لَهُمْ فِيهِ نَجَاحًا يُفْرِحُ قُلُوبَهُمْ،
وَيُسَرِّ بِنَا أَهَالِيَهُمْ، وَيَكُونُ عِوَضًا جَمِيلًا لِكُلِّ سَعْيٍ وَتَعَبٍ.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ نِهَايَةَ جُهْدِهِمْ بَدَايَةَ خَيْرٍ لَا يَنْقَطِعُ،
وَاكْتُبْ لَهُمْ فِي الْغَدِ مَكَانًا أَفْضَلَ،
وَارْفَعْ قَدْرَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ،
إِنَّكَ وَلِيُّ ذٰلِكَ وَالْقَادِرُ عَلَيْهِ.

آمِينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah, dengan cahaya wajah-Mu yang menerangi seluruh langit dan bumi, kami memohon agar Engkau limpahkan ketenangan ke dalam hati anak-anak kami. Lapangkanlah dada mereka, bukakan pintu kefahaman dan hikmah, serta ilhamkan kepada mereka jawapan yang benar dan tepat.

Ya Tuhan yang Maha Menguasai akal dan basirah, mudahkanlah yang sukar bagi mereka, dekatkanlah yang jauh, jadikanlah usaha mereka bercahaya, dan jerih payah mereka sebagai keberkatan yang membawa kemenangan.

Kurniakan kepada mereka keteguhan fikiran, kehadiran hati, kefasihan jawapan dan kelancaran menulis. Peliharalah mereka daripada kelemahan, kegelisahan dan lupa. Jauhkan mereka daripada gangguan fikiran, dan berikanlah ketenangan yang melapangkan dada.

Jadikan peperiksaan ini pintu kebaikan dan kejayaan. Tuliskan buat mereka keputusan yang menggembirakan hati, membanggakan keluarga, dan menjadi balasan indah untuk seluruh usaha mereka.

Akhirkanlah penat mereka dengan permulaan yang lebih baik, dan angkatlah kedudukan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Aamiin.

Sayang Kakak!



ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design