Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Sabtu, 1 April 2023

MENU BERBUKA 9 RAMADHAN HEHEHE...

Apa ni???

Lepas Solat Jumaat ajak family gi Bank Islam kat BBU. Kad ATM da expired. Mak aih... Lebih kurang 30 orang da que. Staff dia kata kena tunggu lebih kurang sejam la nak sampai giliran. Takpe insyaallah bole tunggu...

Lepas tu gi kedai jap amik banner kastemer untuk delivery malam karang.

Asalnya nak berbuka kat luar hari ni. Tapi Abg Meng ajak buka kat umah dia. So ubah rancangan. Nak pegi rumah dia, takkanlah tangan kosong. Da alang-alang ada kat area BBU, da dekat dengan kedai Botok-botok Ibunda. Lagipun memang teringin sangat nak makan botok-botok yang sedap. Botok-botok ibunda insyaallah dijamin lazat bagi peminatnya. Sebabnya, ramai je orang yang boleh buat. Tapi kebanyakannya daun tak pelbagai, bau macam makan ramuan jamu pempuan berpantang. 

Tapi Botok-botok Ibunda memang 5 STAR. Memang rating boleh bagi 10/10! berdasarkan tekak dan lidah kita yang agak cerewet ni. Kikiki...
Kedai ni lah yang menyimpan khazanah warisan nasional makanan Jawa yang dah hampir pupus tersebut. Resepi warisan turun temurun orang Pontian.
Di rezekikan juga dapat jumpa anak murid hensem, Azri. Habis MARSAH, dah jadi Imam kat Masjid Kg Melayu Majidi. Moga Allah rahmati hidupmu sepanjang hayat, hidup penuh barakah, sakinah dan mawaddah. Moga segera Allah hadirkan jodoh buatmu... Yang cantik di matamu, yang menenangkanmu, bertaqwa, menggembirakanmu dan setia sepanjang hayatmu. Tak nampak pulak abang dia si Azwa yang masa sekolah suka pakai kasut kulit hujung tajam macam kasut Ezaidin Norman... Kikiki...
Ada special botok-botok Ramadhan 2023 ni...
Botok-botok Udang Galah XXL
Botok-botok Sotong

Next time insyaAllah boleh try. Cash bawak tak banyak. Kikiki... Kita beli botok-botok ikan Tenggiri yang menjadi feveret.
Packaging dia camni.

Habis citer botok-botok... Kita terus ke rumah abg Meng untuk berbuka puasa.
Kami dihidangkan dengan Ayam Madu Bakar
Ayam Masak Merah
Babat/Perut ala Thai agaknye...
Ape ntah ni.. mcm rasa benda-benda yang selalu belambak kat steamboat tu...
Daging Kambing 
Pishang
Nasik beras panjang yang mahal
Botik-botok ikan tenggiri 
Coleslaw xde gambo...
Syukur Alhamdulillah.
Terima kasih banyak-banyak kepada Abg Meng dan Kak Zue sekeluarga atas jemputan dan hidangan juadah berbuka puasa yang sangat lazat. 
Moga Allah berkati dan ganjarkan sebesar-besar pahala buat Abg Meng sekeluarga.

Lepas waktu terawikh, singgah beli barang kat Econsave Senai. Sebelum balik singgah minum-minum kat Warong Tak Bai Maju Jaya. Sekali takde elektrik daaaa....

Apa lagi, macam candle dinner kikiki....
Makan colek buah.
Minum air cikong.
Alhamdulillaah. Terima kasih zaujah tercinta belanja minum.
Siru ala barakatillah.


Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design