Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Isnin, 10 April 2023

MENU BERBUKA 17 RAMADHAN HEHEHE...

Hari ni abg anik pulak ajak berbuka puasa kat umah dia. Kite  tak masak apa lah. Zaujah beli kat bazar dan kongsi juadah kat sana. So kite beli mi bandung.
Tofu Abg Zul Soya.
Tofu kuah gula merah.
Rojak petis. Beli sikit-sikit buat jamah-jamah.
Lauk tuan rumah, ayam apa ntah makan dengan nasik ni;
Nasik apa ntah nama dia....
Mak bawak laksa.
Kuah laksa. Tak tau mak masaklaksa versi negara mana.
Ni mi bandung sebelum bubuh kuah.
Jemput-jemput kelapa buat gaduh sebab sikit sangat tapi sedap.
Sambal buat cicah jemput -jemput.
Ni nasik goreng kak jana bawak rasanya.
Mi goreng adik bawak. Sedap. Pedas sambal dia.
Rojak asma ...
kuah rojak.
Sayur campur. Peeeeergh... Memang syok sayur ni. Siap ratah lagi .
Berlambak jugak bila dihimpun.
Best berkumpul ramai-ramai sambil tunggu azan. Tapi pelik jugak ada yang bila da azan , baca bismillah pastu terus makan. Tak baca doa dulu. Dia kata batalkan puasa dulu. Percepatkan berbuka katanya.

Ni budaya mana pulak yang meresap masuk ni. Kalau batalkan puasa, kompem kena qada' sebab dia kata batalkan puasa. Kalau dia kata berbuka dulu dan kemudiankan baca doa tu lain lah pulak. Pelik-pelik la dorang ni.  Jangan la bawak benda yang bukan -bukan. 

Apalah salahnya baca doa dulu macam biasa. Tak jatuh makruh pun. Tak dikira melambatkan berbuka pun. 

Saja simpan kegeraman ini kat sini. Nak tegur karang buat keruh muka dalam kalangan segelintir dorang. Moga dia jumpa ilmu yang lebih tepat dari orgyang layak menyampaikan.

Kat dalam rumah tak muat, makan kat porch car
Banyak jugak luak....... Sampaila kite terkorban... Kikiki

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design