Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 22 Februari 2012

Adakah Ini Juga Penghinaan Terhadap Rasulullah?


Saya harap ini bukan usaha mencemarkan kemuliaan junjungan Mulia.
Mungkin ia berpunca daripada ketidak fahaman mereka tentang agama Islam.

Kalau nak pakai kat rumah pun tak berapa sesuai.
Macam-macam hal sekarang ni...


Poster : Nak Pahala ke Nak Mati?

Jangan mare haaaa.... Terima nasihat kalau nak sihat!!!

Close-up Pasir Pantai

Masyaallah.
Nampak biasa je pasir pantai kan....


Tapi rupanya, bila kita perhatikan dengan teliti, setiap butir pasir tersebut ada memiliki keindahan yang tak terjangka.
Allah Maha Besar.




MCA Nak Terajui Malaysia?


Ambo malas nak komen!!!


Solatlah walau anda di mana pun...


Sahabat pembaca muslimin muslimat sekalian, sibuk mana pun kita SOLATLAH!
Jangan tak ada sejadah jadi sebab.
Jangan baju kotor jadi punca.
Jangan tak ada telekung jadi alasan.
Jangan tak ada bilik solat jadi halangan.
....................
Tak ada sejadah, sujudlah di mana-mana hamparan suci, bebas dari najis.
Baju yang zahir kotor tetap suci asalkan tidak bernajis.
Tak ada telekung, asalkan bertudung labuh ke bawah dada dan berpakaian tidak nampak bentuk tubuh, sesuai dan menepati syarat sah solat, tidak menjadi masalah.
Tak ada bilik solat, majikan tak sediakan, hamparkanlah sesuatu agar manjadi alas, dan solatlah. Tidak ada masalah riak, atau menunjuk-nunjuk dalam hal ini. Yang penting betulkan hati dan niat. INGAT, tidak besar manapun jika "dikata orang" ... biar orang kata kita riak dan menunjuk-nunjuk... asalkan kita lepas dari tanggungjawab kepada ALLAH SWT.








Siapa Mahram Bagi Wanita ?

Ada teman-teman yang bertanya berkenaan mahram bagi wanita. Agak leceh sikit kalau nak explain detail. Jadi terima kasih kepada bro ZAJ atas perkongsiannya. Kalau tak jelas boleh klik untuk enlarge!

Papan Gelongsor Paling Tinggi

Tak naklah cuba!!!
Eeeee... gayat!
Biarpun jatuh kat air... eeee tak maulah...

Khamis, 9 Februari 2012

Jangan Pesongkan Maksud Hadith

Berkata lagi Ibnu Athaillah:

مَعْصِيَةُ أَوْرَثَتْ ذُلّاً وَافْتِقَارًا، خَيْرٌ مِنْ طَاعَةٍ أَوْرَثَتْ عِزّاً وَاسْتِكْبَارًا

"Maksiat yang menimbulkan rasa hina dan serba kekurangan lebih baik dari Ketaatan yang menimbulkan kebangaan dan kesombongan"

Hati-hati memahami kata-kata ini. Fokuskan diri kita yang kononnya menyangka berbuat baik tetapi hati kita penuh dengan riya' sombong dan membangga diri.

Bayangkan orang buat maksiat tetapi menyesal; bertaraf nafsu lauwwamah (mencela diri). sebenarnya, dia lebih baik dari kita yang kononnya beramal tetapi tidak ikhlas.

Jangan guna kata-kata ini untuk menghalalkan maksiat, lepas tu pakat menyesal....Kelak rosak kata-kata hikmah ini.

By: Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Ular Tengah Makan









Daging Kginzir Halal???

Sukar memahamkan masyarakat bukan Islam tentang maksud "HALAL".
Sesetengah mereka berpandangan apa jua yang disembelih, bermaksud halal. Tak kira daging apa termasuk anjing dan khinzir.
Ada pula yang beranggapan halal ialah bersih dan segar.
Namun, kefahaman tersebut perlu diperbetulkan agar mereka tidak terus tersalah tanggap dan memberikan definisi songsang tentang konsep syariah tersebut. Siapa nak betulkan? Kitalah!!!

Tapi yang paling sedih kalau orang Islam sendiri confuse dengan konsep HALAL.
Tengok papan kenyataan tu sebelah bawah, HJ NAGUIB. . .
Haji apekemenda halalkan khinzir!!!

DAH KENAPA???

Solatlah Biar Susah Manapun

Wahai pemimpin-pemimpin, solatlah biarpun terlalu sibuk memimpin.
Wahai pemain bola, solatlah biarpun padat jadual latihanmu.
Wahai operator kilang, solatlah biarpun ot tak berkesudahan.
Wahai peniaga, solatlah biarpun pelanggan tak henti membeli.
Wahai mat rempit, solatlah biarpunsibuk pulas minyak tak habis-habis.
Wahai orang politik, solatlah biarpun sibuk menegakkan parti sendiri dan burukkan parti lain.
Wahai ibu bapa, solatlah walau sibuk cari rezeki siang malam.
Wahai budak U, solatlah biarpun banyak kuliah, banyak assignment, sibuk melepak bilik kawan dan sibuk main "game"!
Wahai budak sekolah, solatlah walau banyak kerja rumah, tolong mak basuh pinggan, cebok adik, main hp yang mak belikan untuk emergency tapi buat sms mengarut dengan kawan.
Wahai budak kecik, solatlah walau masih tak tau apa-apa. . . .
Wahai diri, solatlah walau sesusah mana kesusahan itu menyusahkan. . .

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design