Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Selasa, 7 Jun 2011

PERUBAHAN TARIF ELEKTRIK MALAYSIA ( 1Jun2011 )

Perdana menteri mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung.

Berkuatkuasa 1 Julai, pengguna bawah 200 kwj (kilowat-jam) setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang RM43.60 akan membayar kadar seperti sekarang selagi mereka kekal jumlah penggunaan.

Kumpulan pengguna ini terdiri 59 peratus isi rumah di Semenanjung.

Manakala mereka yang menggunakan lebih daripada 200 kilo, perlu membayar tambahan hampir 20 peratus lagi (lihat jadual).

Bercakap dalam satu sidang , Abdullah berkata, bagi jumlah penggunaan antara 0 hingga 400 kwj sebulan (kediaman) - kadar tarif bagi 200 kwj pertama sebulan ialah 21.8 sen satu kwj; 201 hingga 400 kwj berikutnya 34.5 sen satu kwj. Caj minimum bulanan RM3.

Bagi jumlah penggunaan lebih 400 kwj sebulan (kediaman), kadar tarif bagi 50 kwj pertama ialah 30 sen satu kwj; 501-600 kwj berikutnya 39 sen satu kwj; 601 -700 (40 sen), 701-800 (41 sen), 801-900 (43 sen) dan 901 kwj ke atas (46 sen). Caj minimum sebulan RM3.

Manakala pengguna komersial dan industri pula akan mengalami peningkatan tarif sebanyak 26 peratus. [Tarif lengkap di laman web Pejabat Perdana Menteri]

Bagaimanapun, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta pengguna industri seperti perusahaan kampung yang penggunaannya tidak melebihi 200 kwj setiap bulan. Kenaikannya adalah 18 peratus.

Bagi kategori-kategori lain:

Tarif B (tarif perdagangan voltan rendah) bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 38 sen. Caj minimum bulanan RM7.20.

Bagi penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 40.8 sen. Caj minimum sebulan RM7.20.

Tarif C1 - tarif perdagangan am, voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM24.8. Bagi semua kwj 29.6 sen. Caj minimum bulanan RM600.

Tarif C2 - tarif perdagangan puncak/luar puncak voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan dalam tempoh puncak RM36.60.

Bagi semua kwj dalam tempoh puncak 29.6 sen. Bagi semua kwj dalam tempoh luar puncak 18.2 sen. Caj minimum bulanan RM600.

Tarif D - tarif perindustrian voltan rendah - bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 34.2 sen.

Caj minimum bulanan RM7.20. Bagi jumlah penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 36.6 sen. Caj minimum bulnan RM7.20.

Tarif Ds - Tarif perindustrian khas - (untuk pengguna yang layak sahaja) 34.4 sen per kwj. Caj minumum RM7.20

Tarif E1 - tarif prindusrian am voltan sederhana bagi setiap kilowatt kehendak maksimum sebulan RM24.6 satu kilowatt bagi semua kwj 28 sen per kwj. Caj minimum bulanan RM600.

Tarif E1s - tarif perindustrian khas (untuk pengguna yang layak sahaja) bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM19.1. Bagi semua kwj 27.2 sen. Caj minimum bulanan RM600.

MARILAH KITA BERJIMAT. KALAU GUNA TAK BANYAK, TENTU TAK KENA CAS BANYAK. YANG KENA CAS BANYAK IALAH MEREKA YANG BANYAK GUNAKAN PERALATAN ELEKTRIK DAN MEREKA YANG SUKA MEMBAZIR. KALAU ANDA SEORANG YANG JIMAT, DAN BIL BULANAN ANDA TAK LEBIH RM40 SEBULAN MACAM SAYA, JANGAN MELATAH CEPAT. RELAAAAX!!!! KITA BAYAR BIL MACAM BIASA JE!!!

1 ulasan:

namialuS67 berkata...

Betul tu,kita sebagai orang awam jangan cepat melatah,memang kos hidup sekarang cukup tinggi di tambah lagi dengan kadar elektrik yang bakal di naikkan.Apa yang pentig kita berjimat dalam apa jua perkara yang kita lakukan.Membazir itu amalan syaitan.