Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh seorang pensyarah yang juga merupakan seorang Dekan fakulti menunjukkan beberapa buah buku yang beliau miliki. Beliau membelinya semasa berada di negara jiran. Banyak dijual buku-buku seumpama itu di sana, dan beliau hanya membeli beberapa buah yang terkenal. Antaranya :
Astaghfirullahal azhiim.
Yang mengejutkan saya, saya difahamkan penulis-penulis buku seumpama ini masih beragama Islam, tetapi melihat Al-Quran menurut kacamata bible!!! Malah kedapatan pula menurut sumber seakan-akan beberapa buah institusi yang bertanggungjawab memberikan kefahaman Islam kepada masyarakat turut melakukan perbuatan menghasilkan artikel dan penerbitan buku seumpama ini. Wallahualam. Jika ada kesilapan maklumat, mohon diperbetulkan dengan hikmah.
Syukur kerajaan Malaysia masih berkuasa sehingga penerbitan buku-buku seumpama itu tidak wujud di negara ini. Tetapi sampai bila kita tidak pasti. Semoga negara kita ini terus beroleh perlindungan Allah dari unsur-unsur seperti itu yang ternyata menghancurkan ummat Islam itu sendiri. Moga binasalah tangan-tangan celaka yang mendapat kecelakaan Allah!