Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Sabtu, 31 Oktober 2009

MANSAF SPECIAL : Lauk Seekor Unta

UUUyooooo... Apa tu?

Sekali hidangan daging unta dalam talam daaa...
Tu tak kira lagi berapa ekor ayam dan lauk-lauk lain di sekitarnya tu!
Kalau tak silap ni masa buka puasa yang sudah.
Zaujah kata orang arab ni kalau kambing sekor kalau dibedal oleh 3 orang je pun boleh selesai.

"Saat kita kenyang, ingatlah ada insan lain yang dah lama tak dapat makan kerana kemiskinannya"

Hand-Phone Getah





Susunan Batu Dunia

Subhanallah
Alhamdulillah
La Ilaha Illallah
Allahu Akbar

Mari kita saksikan kebesaran Allah pada ciptaanNya . . .

Delicate Arch - Utah Amerika Syarikat

Karlu-karlu Marbles - Australia

Wave Rock - Australia

The Wave - Arizona, Amerika
Brimham Rock - England

The Externsteine - Germany

Maltesse Rock -Afrika Selatan

Devils Tower - Wyoming, Amerika ( adake bagi nama Menara Syaitan...padahal Allah yang ciptakan... manusia...manusia... )

The Giant's Causeway - Northern Ireland, UK
Allah ciptakan setiap benda di dunia untuk manusia amati dan fikirkan akan kebesaran yang Maha Pencipta. Apa yang manusia buat adalah sebaliknya. Sudahlah diberi nama macam -macam, malah ada sesetengahnya yang beranggapan ciptaan tersebut mampu memberi sebab musabab, malah ada pula yang menyembahnya.
Tak kurang juga yang sekadar memandangnya dengan pandangan kosong. Apa tandanya tu?
Hmmm...mari kita fikirkan. :)


PENYAMARAN TERBAIK

Subhanallah
Alhamdulillah
La Ilaha Illallah
Allahu Akbar

Ya Allah, sesungguhnya engkau maha kaya. CiptaanMu maha sempurna. Bahkan setiap ciptaanMu tidak sia-sia melainkan setiap satunya mengandungi hikmah dan manfaat bagi hamba-hambaMu yang berfikir.


Apa yang anda nampak? Jangan tengok gambar bawah dulu!!!
Nampak sesuatu?

Eh...ada mata?!

Masya Allah, hebatnya Allah ciptakan cicak hutan ni...
Mari kita memuji kebesaran Allah S.W.T

Isnin, 26 Oktober 2009

PEMBUAT KOPI TERMAHAL

Suka minum kopi?
Sedap kan! Pernah rasa kopi mahal?
Tentu lagi sedap kan! Kopi Luwak pernah minum? Sedap? Harganya mencecah $600.00 tau.
Kenapa mahal sangat? Macam ni proses penghasilannya :

Kenal ni? Civet a.k.a Musang Pulut. Kerjanya ialah makan buah-buahan segar. Kopi pun dia telan juga. Manis rasanya tau kopi yang baru dipetik ni.

Kopi dipetik dikumpulkan ke satu tempat. Kemudian diagih-agihkan kepada para pengusaha kopi untuk proses seterusnya.

Kemudian semua kopi-kopi tadi di hantar ke unit ini. Untuk apa?
Untuk dia makan semua kopi-kopi tu sampai habis! Amboi kenyanglah dia kan!
Kopi yang ditelan oleh musang tadi akan bercampur dengan enzim-enzim pencernaan dalam perut musang tersebut. Selepas "proses" tersebut siap maka ia akan "dikeluarkan semula" untuk proses berikutnya. Erk!....

Wajah-wajah kopi yang telah disebatikan dengan enzim dalam perut musang! Ia menghasilkan suatu rasa unik kepada penggemarnya. Huhu...


Ia kemudian dibasuh sampai "bersih"...errr...susah nak eksplain...


Setelah itu dijemur untuk dikeringkan, seterusnya menjalani proses penghasilan kopi normal.

Nampak tu. Putih "bersih" kopi tadi tu kan?!

Hah ...dah pun siap untuk dipasarkan. Yang ni Kopi Alamid buatan Filipina. Menurut sumber, ada yang sewaktu dengannya di hasilkan di sekitar Jawa Barat. Kalau dah tak ada kerja sangat, pegilah cari...Euw!!!!

MODEL BARU PROTON !!?

Minta tolong sesiapa sahaja yang ada informasi tentang gambar berikut kongsikan bersama. Sesiapa yang mahir dalam perisian adobe photoshop@CS dll, tolong belek sikit.
Sahih ke super impose?
Ada pula desas desus katakan ia bakal menggantikan Proton WAJA?! Ye ke?


Ada pula yang katakan harganya ada yang boleh didapati di bawah paras RM 55,000?! Ye ke?
Kalau sekali pandang cockpit dia, dashboard & exterior meleleh juga ni. Mengancam!
Macam mustahil dengan harga tu boleh dapat kemasan begini.
Mungkin harga tersebut adalah untuk yang baseline ke...taklah untuk semua model ni kot!
Harap-harap adalah siri enjinnya yang 1800cc. Baru seronok!
Bukan macam Exora 1600cc, sedangkan model asalnya (Grandis) 2400cc. Lucu!
Moga sambutan untuk Proton lebih baik pada masa mendatang.
Dan Proton pula harap jangan ada double standard antara kualiti untuk pasaran domestik dengan pasaran luar.
Macam Gen2 saya baru pakai dua bulan lampu dalam yang kat bumbung da tak menyala, pemegang pintu pemandu patah ( tu guna cara sayang tu!! kalau cara kasar agaknya dengan pintu sekali tanggal ) dan batang pengunci pintu belakang tidak berfungsi, ditambah dengan button radio di stereng rosak. Aduuu...kereta baru tu!!

Jumaat, 23 Oktober 2009

JANGAN MAKAN AISKRIM INI

Geram kalau tengok ice cream ni kan?!
Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak yang melihatnya.
















Sebenarnya inilah kreatifnya manusia. Macam-macam.
SABUN pun buat macam makanan.
Kan bahaya kalau kanak-kanak termakan.







Tilam Hiasan 3D

Apa motif agaknya tilam sebegini direka ya?
Kalau sekadar buat hiasan boleh la kot. Nak buat tido, erm...sayangnyer. Baik tampal kat dinding buat hiasan.







Kena kat adik-adik yang masih kencing malam, aduhai hidup pulak ikan-ikan tu kan?! :D


bX-59cppw

bX-59cppw

Agak mengejutkan bila blog ACHTUNG!

tidak dapat diakses beberapa ketika. Beberapa blog teman lain turut mengalami nasib sama.

Yang keluar hanya kod di atas.

Macam-macam ikhtiar saya lakukan untuk menyelesaikannya. Sehinggalah saya lihat di mana-mana forum, rupanya ia menjadi isu hangat di serata dunia. Saya tidak ketinggalan menyertai forum tersebut.

Namun sebaik menamatkan forum, saya cuba sekali lagi ke ACHTUNG!. Syukurlah boleh akses kembali.

Terima kasih google...jangan buat hal lagi ok! Kang lari ke wordpress baru tau!

Isnin, 19 Oktober 2009

BLOG UTZH. SHAMTIDAR

Salam semua. Pengumuman buat adik2 SMIH, kita ada warga blogger baru. Bagi yang tak belum pernah berkunjung silalah ke http://www.tintahijauputih.blogspot.com/



Semoga bermanfaat untuk kita semua. :D

ULAR BESAR

Puas saya perhatikan gambar ni. Tak jumpa kesan kemahiran editing. Bagi saya gambar ini "real", cuma tak ada maklumat tentangnya. Kalau sesiapa ada maklumat atau komen, mari kongsikan bersama.




Thanks 2 abyrad

Penyamaran Baik Punya

Tak perlukan adobe photoshop atau mana-mana perisian nak jadikan macam ni. CAT sahaja diri anda. Tak percaya, cuba buat. Selamat mencuba!










PENGEMIS PENIPU














Moga Allah berikan petunjuk kepadanya.
Thanks to abyrad
ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design