Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 3 Disember 2025


HAPPY ANNIVERSARY 19TH TO ME | 
PERJALANAN RUMAHTANGGA YANG MEMATANGKAN

JADI SUAMI HENDAKLAH ADIL

KASIH MERATA BESAR DAN KECIL

JADI SUAMI HENDAKLAH AWAS 

KERANA SYAITAN SELALU MENGIPAS

JADI SUAMI HENDAKLAH CERDIK

SUPAYA PERAHU TAK  TERBALIK

JADI SUAMI KENA PANDAI

SUPAYA TIDAK BECERAI BERAI

JADI SUAMI KENA SENONOH

SUPAYA TIDAK SELALU BERGADUH

JADI SUAMI KENA BANYAK SABAR

SUPAYA HARI-HARI TAK BERTENGKAR


KEPADA SI ISTERI PULA...

JADI ISTERI MULIAKAN HATI

TAAT SETIA HANYA PADA SUAMI

TAHU MEMBELA PANDAI MEMBERI

TAHU MENIMBANG BERLAPANG HATI

KEPADA MERTUA MANISKAN MUKA

KEPADA IPAR DUAI ELOKKANLAH SANGKA

SUAMI ISTERI LURUSKAN HATI

SUPAYA ESOK BERCERAI MATI


RUMAHTANGGA HENDAKLAH SUNGGUH 

MAHU BEKERJA BERSIMBAH PELUH

SAKIT DAN PERIT PANTANG MENGADUH

LAPAR DAN HAUS PANTANG MENGELUH


BERUMAHTANGGA HENDAKLAH PUKAL

MENGHADAPI DUGAAN DDENGAN TAWAKAL

SAKIT DAN PAHIT JANGAN MENYESAL

HUTANG DAN BEBAN JANGAN DITINGGAL


BERUMAHTANGGA HENDAKLAH SABAR

HASUT DAN FITNAH JANGAN DIDENGAR

MEMERAS PELUH TAHAN BERLAPAR

MEMBANTING TULANG TAHAN TERKAPAR


BERUMAHTANGGA BANYAK CUBAAN

KUATKAN HATUI TEGUHKAN IMAN

BIDIKAN SYAITAN JANGAN IKUTKAN

HASAD DENGKI ORANG JANGAN PEDULIKAN

PAHIT PEDIHNYA KITA TAHANKAN

SAKIT DERITANYA KITA HADAPKAN

SUPAYA TAK PATAH DI TENGAH JALAN

SUPAYA PERKAHWINAN KITA BERKEKALAN


RUMAHTANGGA MEMIKUL AKIBAT

ENTAHKAN BAIK ENTAHKAN JAHAT

KERANA ITU BANYAK INGAT

KERJA SALAH JANGAN DIBUAT


KEPADA ALLAH MOHONKAN RAHMAT

SUPAYA HIDUP DALAM SELAMAT


BERUMAHTANGGA WAJIB AMANAH

KERANA ANAK DAN ISTERI ITU PERTARUHAN DARI ALLAH 

JAGALAH MEREKA SEHABIS DAYA

PELIHARALAH DENGAN SEDAYA UPAYA

SUPAYA HIDUP BEROLEH BAROKAH

DI DUNIA BAHAGIA DI AKHIRAT SENTOSA


KATA IMAM AN-NAWAWI :

7 PERKARA WAJIB DITUNAIKAN OLEH SEORANG SUAMI KEPADA ISTERINYA :

1. SEDIAKAN MAKAN 

2. SEDIAKAN TEMPAT TINGGAL

3. SEDIAKAN PAKAIAN

4. SEDIAKAN BAHAN MEMASAK

5. SEDIAKAN PERKAKAS RUMAH

6. SEDIAKAN BAHAN MEMBERSIH TUBUH, PAKAIAN & RUMAH

7. SEDIAKAN PEMBANTU RUMAH


#pantunsuamiisteri #pantunrumahtangga #nasihatsuami #nasihatisteri #rumahtangga




EV Paling Berbaloi Bawah RM120K — Analisa & Cadangan

Segment EV bawah RM120,000 semakin panas di Malaysia. Setiap model datang dengan kekuatan tersendiri — ada yang menekankan prestasi, ada memfokuskan jarak perjalanan, ada pula menawarkan ekosistem jenama yang kukuh. Berikut ialah ringkasan perbandingan dan pandangan AbgNua untuk memudahkan pembaca membuat pilihan.

*DISCLAIMER - Harga yang tertera adalah berdasarkan maklumat carian semasa. Berkemungkinan besar harga tersebut berbeza pada saat anda melakukan carian terkini. Ini adalah pandangan peribadi semata-mata, dan bukan merupakan maklumat rasmi yang boleh dijadikan rujukan utama. Pandangan ini mungkin akan ada kesilapan data teknikal, kesilapan analisis ataupun maklumat yang mungkin bercanggah. Sila lakukan rujukan semula.


Perodua QV-E

RM80,000 + [9 year Battery Leasing: RM29,700] = RM109,700*

FWD Motor: 150kW (201hp), 285Nm

0-100km/h: 7.5s

Battery: 53kWh LFP

Range: 445km (NEDC) [Est 377km WLTP]

AC: 7kW

DC: 60kW

Proton e.MAS 7 Premium

RM119,800

FWD Motor: 160kW (215hp), 320Nm

0-100km/h: 7.5s

Battery: 60kWh LFP

Range: 410km WLTP

AC: 11kW

DC: 100kW

BYD Atto 2

RM100,000

FWD Motor 130kW (174hp), 290Nm

0-100km/h: 7.9s

Battery: 51kWh LFP

Range: 410km (NEDC) [Est 340km WLTP)

AC: 7kW

DC: 82kW

BYD Seal 6 Premium

RM115,000

RWD Motor: 160kW (215hp), 330Nm

0-100km/h: 7.5s

Battery: 57kWh LFP

Range: 485km (NEDC) [Est 410km WLTP]

AC: 7kW

DC: 100kW

Chery Omoda E5

RM103,818

FWD Motor: 150kW (201hp), 340Nm

0-100km/h: 7.2s

Battery: 61kWh LFP

Range: 430km (WLTP)

AC: 10kW

DC: 80kW

MG4 LUX

RM103,999

RWD Motor: 125kW (167hp), 250Nm

0-100km/h: 7.5s

Battery: 51kWh NMC 

Range: 435km (WLTP)

AC: 11kW

DC: 135kW


Model Harga Motor / Kuasa Bateri Range (Anggaran WLTP) AC / DC Catatan Ringkas
Perodua QV-E RM109,700 (termasuk sewa bateri) 150kW / 201hp 53kWh LFP 377km 7kW / 60kW Value tinggi, tapi sewa bateri faktor besar
Proton e.MAS 7 Premium RM119,800 160kW / 215hp 60kWh LFP 410km 11kW / 100kW All-rounder, charging terbaik
BYD Atto 2 RM100,000 130kW / 174hp 51kWh LFP 340km 7kW / 82kW Harga menarik, range paling rendah
BYD Seal 6 Premium RM115,000 160kW / 215hp 57kWh LFP 410km 7kW / 100kW Sedan RWD yang stabil dan premium
Chery Omoda E5 RM103,818 150kW / 201hp 61kWh LFP 430km 10kW / 80kW Range & harga terbaik, interior moden
MG4 LUX RM103,999 125kW / 167hp 51kWh NMC 435km 11kW / 135kW DC paling laju, handling RWD terbaik

2. Analisa Mengikut Kriteria Utama

A. Ketahanan Bateri (LFP vs NMC)

  • LFP = tahan lama, suhu stabil, sesuai cuaca Malaysia.
    Banyak jenama pilih LFP sekarang.

  • MG4 sahaja NMC, beri prestasi lebih baik dan range tinggi dengan saiz bateri kecil — tapi potensi degradasi lebih cepat jika sering cas cepat.

Pemenang: Semua model LFP (Proton, Chery, BYD, Perodua)
Peringatan: MG4 masih selamat, cuma lebih sensitif pada haba.

B. Charging Speed

  • DC Tercantik: MG4 (135kW)

  • Kedua terbaik: Proton e.MAS 7 & Seal 6 (100kW)

  • AC Terbaik: Proton & MG4 (11kW)

Kalau rumah AJ ada 11kW wallbox, Proton & MG4 lebih menjimatkan masa cas.

C. Prestasi & Pemanduan

  • Semua berada sekitar 7.2–7.9s (0-100 km/h) — sangat dekat.

  • RWD = pemanduan lebih natural: MG4 & BYD Seal 6.

  • FWD = lebih mesra pemandu biasa: Perodua, Proton, Chery, Atto 2.

Paling seronok dipandu:

  1. MG4 (handling)

  2. Seal 6 (keselesaan + RWD)


D. Cost Ownership (Kos pemilikan jangka panjang) **

Perodua QV-E

Harga sangat menarik, tapi kos sewa bateri 9 tahun (RM29,700) menjadikan dia hampir sama atau lebih mahal daripada pesaing.
Kelebihan: risiko bateri rendah, sebab ada pelan perlindungan.

Model lain (tanpa sewa bateri)

Kos lebih seragam, bergantung kepada:

  • degradasi bateri

  • servis minimal EV

  • jaminan 8 tahun bateri (kebanyakan model)

Dalam konteks kos jangka masa panjang, Omoda E5 & MG4 lebih baik kerana:

  • harga lebih rendah

  • teknologi bateri + cas bagus

  • range seimbang


E. Range Paling Realistik (WLTP)

  • Chery Omoda E5 – 430km

  • MG4 – 435km

  • Proton e.MAS 7 – 410km

  • BYD Seal 6 – 410km

  • Perodua QV-E – 377km

  • BYD Atto 2 – 340km

Kalau perjalanan jauh penting, Atto 2 bukan pilihan utama.


3. Ranking — “Pilihan Peribadi AbgNua” (Bawah RM120K)

1. Chery Omoda E5Pilihan Seimbang Terbaik

Kenapa?

  • Range WLTP tinggi (430km)

  • Motor kuat (201hp)

  • Harga paling masuk akal

  • AC 10kW (baik)

  • Spec lengkap untuk penggunaan harian & perjalanan jauh

Nilai untuk ringgit paling mantap.

2. Proton e.MAS 7 PremiumAll-Rounder Paling matang

Kenapa?

  • AC & DC charging terbaik (11kW / 100kW)

  • Kuasa tertinggi

  • Reka bentuk moden

  • 410km WLTP cukup baik

  • Ekosistem servis Proton yang kuat

Untuk pengguna yang mahu tiada kompromi dari segi spec & kemudahan.


3. MG4 LUXEV paling seronok dipandu

Kenapa?

  • RWD, handling paling sedap

  • DC paling laju (135kW)

  • 435km WLTP

  • Harga RM103k sangat kompetitif

Sesuai untuk pemandu yang suka “driving feel” berbanding praktikaliti maksimum.


4. BYD Seal 6 Premium

Sedan RWD yang premium, lancar, dan kukuh di highway.
Range setanding Omoda & Proton.


5. Perodua QV-E

Sangat value dengan harga asas rendah, tapi kos sewa bateri buat ia kurang menarik berbanding model lain.
Namun, sesuai untuk yang mahu risiko minimum pada bateri jangka panjang.


6. BYD Atto 2

Murah, mudah, praktikal.
Tapi range WLTP 340km menjadikannya paling rendah dalam senarai.


Kesimpulan 

Akhirnya, memilih EV bukan hanya tentang kuasa atau jarak, tetapi tentang kecukupan dan keperluan sebenar.


Dalam hidup pun sama — bukan semua yang paling mahal itu terbaik, bukan semua yang paling laju itu diberkati. Kadang-kadang yang paling tenang, sederhana dan memadai… itulah yang paling mendatangkan manfaat.

Kereta boleh bawa kita ke destinasi dunia.
Tapi usaha, kesabaran dan ketakwaan… itulah yang membawa kita ke destinasi akhirat.

Pilihlah yang terbaik mengikut kemampuan, bukan kemahuan, kerana setiap rezeki yang bersih dan dijaga akan membawa keberkatan dalam hidup kita.


#EVMalaysia #EVBajet #KeretaElektrik #PanduanEV #AutomotifMY #PilihanBijak #BlogAutomotifMalaysia #TarbiahAutomotif #MalaysiaMajuEV

Jumaat, 28 November 2025

KEMALANGAN MAUT JALAN BUKIT APING - KANGKAR PAPAN

Lebuhraya Bukit Aping – Kangkar Papan, Kota Tinggi, Johor digemparkan dengan satu kemalangan maut apabila sebuah lori dipercayai hilang kawalan dan melanggar objek di laluan tersebut, menyebabkan bahagian hadapan kenderaan rosak teruk sebelum terbakar sepenuhnya.

Pemandu lori mengalami kecederaan serius dan tersekat di tempat duduk. Pasukan bomba yang tiba di lokasi menemui mangsa telah meninggal dunia akibat kebakaran selepas api berjaya dipadamkan.

Pihak berkuasa menasihatkan semua pemandu supaya:

  • sentiasa memeriksa keadaan kenderaan sebelum perjalanan, termasuk brek, tayar dan muatan,

  • memandu pada kelajuan selamat,

  • berwaspada dengan keadaan jalan, serta

  • mengelakkan pemanduan ketika letih atau membawa muatan berlebihan.

Berhati-hatilah semasa memandu. Apapun yang sedang dikejarkan, pastikan sentiasa utamakan aspek keselamatan. Memandu perlu sentiasa waras dan ketepikan emosi. Abil kira juga aspek kesihatan dan kemampuan. Saat terasa letih, lakukan sesuatu dan jangan dipandang ringan. Aspek teknikal kenderaan juga memberi kesan yang sangat besar jika diabaikan penjagaannya.

Hargai nyawa sendiri dan juga nyawa orang lain. 





KEMALANGAN MAUT DI SIMPANG MASUK KE TAMAN IMPIAN JAYA, SEELONG - SENAI. 

18 November 2025 (Selasa), jam 3.13 petang, satu kemalangan maut melibatkan tiga kenderaan berlaku di Jalan Senai–Seelong, Kulai, Johor.

Siasatan awal mendapati sebuah Perodua Bezza yang berhenti untuk membelok ke kanan menghala ke Taman Impian Jaya telah dilanggar dari belakang oleh sebuah lori. Impak kuat menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah lagi lori.

Kemalangan ini mengakibatkan tiga mangsa meninggal dunia: pemandu lori pertama  seorang penumpang wanita Perodua Bezza, dan pemandu lori kedua selepas menerima rawatan di hospital.

Saya abadikan di sini, buat ingatan bersama. Berhati-hatilah saat memandu. Berdoa setiap kali memasuki kenderaan. Ajal & maut di tangannya. Tapi langkah keselamatan dan doa antara langkah mencegahnya.









Alfatihah.




Selasa, 25 November 2025

 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2025


25 November 2025, bermulanya peperiksaan SPM 2025. Dijadualkan berakhir 23 Disember 2025. 

Besar dah anak kesayangan Abi Umi. Tak sedar masa berlalu, dah SPM dah. Pagi ni Abi cuba tenteramkan diri. Dah sebulan lebih Abi gelisah, resah. Macam Abi yang nak amik exam. Hanya dengan dekatkan diri padaNya buat Abi rasa tenang. Dan kemudian gementar tu datang balik. Abi yakin, Umi jugak macam tu.

Saja Abi nak catatkan kenangan perasaan hari ni kat sini. Seribu satu perasaan yang tak pun Abi rasa masa Abi sendiri nak amik SPM & STPM dulu. Dulu Abi amik SPM kat Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Ulu Tebrau. Abi batch pertama student Sains Tulen (Pure Science) masa tu. Add math, Physics, Chemistry, Biology... abi terpaksa belajar tanpa senior, tanpa sesiapa yang boleh dirujuk kat rumah. Cikgu pulak bersilih ganti bertukar guru. Ada yang belum sempat ingat nama, dah tukar cikgu lain. Kawan-kawan pun lebih kurang level kita je "bedul" nyeh... hihihi.


Ni masa Abi SPM. Tapi gambar tu campur tingkatan lain.

Abi harungi SPM dengan penuh tawakal. Hanya berbekalkan kefahaman dari buku teks dan sedikit buku rujukan. Belum lagi cerita jiran yang pasang HiFi kuat-kuat sampai nak bercakap dengan orang sebelah pun tak dengar! Siang malam gedegung gedegung! Sampai Abi terpaksa jalan kaki ke sekolah semula untuk dapatkan suasana tenang untuk belajar. Tu pun belajar sorang-sorang. Abi tak ada kawan baik macam orang lain. Dan Abi memang tak pandai berkawan pun. Semua kawan yang ada sekadar rakan sekelas je gitu.  Hari melangkah masuk dewan SPM 1994, hanya sekadar melengkapkan sebuah tanggungjawab yang tak boleh kita elak. Tenang, saat kawan bolak balikkan buku menghafal nota akhir. 

Tu belum cerita lagi bab Abi nak amik SPM, sedang baru kehilangan abah secara mengejut.

Umi lagi hebat. SPM belajar sendiri! Panjang kisahnya tu...

Abi faham gemuruh di hari pertama SPM ini. Abi dan Umi terasa gementarnya sebagai parent. Nak tido malam... resah. Kakak OK ke tidak... kakak sihat ke tidak... macam-macam dalam kepala. Sampaikan kalau Abi bawak kereta tu, khayal tak sedar terlepas simpang di laluan rutin harian pergi balik kerja. Migrain, sakit kepala, sakit-sakit badan, nak demam... macam-macam lagi. Tapi tak sesekali Abi ceritakan kat anak-anak. Supaya anak-anak tak bimbang, tak risau, supaya boleh fokus untuk buat yang terbaik.

Harini, Abi Umi baca yassin, buat solat hajat untuk kakak. Abi Umi dah bagitau nenek & sedara mara untuk doakan kakak. Moga Allah bantu kakak & takdirkan kakak cemerlang SPM2025 ni insyaAllah Amiin. Abi baru bincang dengan Umi untuk buat jamuan pada cikgu2 sekolah Umi, moga-moga ada doa yang mereka titipkan buat kecemerlangan kakak.

﷽꧂

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِنُورِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ،
أَنْ تَبْسُطَ عَلَى أَبْنَائِنَا وَبَنَاتِنَا سَكِينَةً تُطَمْئِنُّ بِهَا قُلُوبَهُمْ،
وَتَفْتَحَ لَهُمْ أَبْوَابَ الْفَهْمِ وَالْحِكْمَةِ، وَتُلْهِمَهُمُ الصَّوَابَ وَالرَّشَادَ.

اللَّهُمَّ يَا رَبَّ الْعَقْلِ وَالْبَصِيرَةِ،
يَسِّرْ لَهُمْ كُلَّ مُعْسَرٍ، وَقَرِّبْ لَهُمْ كُلَّ بَعِيدٍ،
وَاجْعَلْ تَعَبَهُمْ نُورًا، وَسَعْيَهُمْ بَرَكَةً، وَاجْتِهَادَهُمْ سَبَبًا لِلْفَوْزِ وَالنَّجَاحِ.

اللَّهُمَّ ارْزُقْهُمْ ثَبَاتَ الذِّهْنِ، وَحُضُورَ الْقَلْبِ،
وَاجْعَلْ أَلْسِنَتَهُمْ طَلِقَةً بِالصَّوَابِ،
وَأَقْلَامَهُمْ جَارِيَةً بِالْحَقِّ، وَأَجْوِبَتَهُمْ مُوَفَّقَةً بِالْإِلْهَامِ.

اللَّهُمَّ احْفَظْهُمْ مِنْ كُلِّ وَهْنٍ وَنِسْيَانٍ،
وَاصْرِفْ عَنْهُمُ التَّشْتِيتَ وَالِاضْطِرَابَ،
وَامْنَحْهُمُ الطُّمَأْنِينَةَ الَّتِي يَسْتَقِرُّ بِهَا الْقَلْبُ وَيَنْشَرِحُ بِهَا الصَّدْرُ.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ هَذَا الِامْتِحَانَ خُطُوَةً نَحْوَ فَتْحٍ جَدِيدٍ،
وَبَابًا لِلتَّوْفِيقِ وَالرِّضَاكَ،
وَاكْتُبْ لَهُمْ فِيهِ نَجَاحًا يُفْرِحُ قُلُوبَهُمْ،
وَيُسَرِّ بِنَا أَهَالِيَهُمْ، وَيَكُونُ عِوَضًا جَمِيلًا لِكُلِّ سَعْيٍ وَتَعَبٍ.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ نِهَايَةَ جُهْدِهِمْ بَدَايَةَ خَيْرٍ لَا يَنْقَطِعُ،
وَاكْتُبْ لَهُمْ فِي الْغَدِ مَكَانًا أَفْضَلَ،
وَارْفَعْ قَدْرَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ،
إِنَّكَ وَلِيُّ ذٰلِكَ وَالْقَادِرُ عَلَيْهِ.

آمِينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah, dengan cahaya wajah-Mu yang menerangi seluruh langit dan bumi, kami memohon agar Engkau limpahkan ketenangan ke dalam hati anak-anak kami. Lapangkanlah dada mereka, bukakan pintu kefahaman dan hikmah, serta ilhamkan kepada mereka jawapan yang benar dan tepat.

Ya Tuhan yang Maha Menguasai akal dan basirah, mudahkanlah yang sukar bagi mereka, dekatkanlah yang jauh, jadikanlah usaha mereka bercahaya, dan jerih payah mereka sebagai keberkatan yang membawa kemenangan.

Kurniakan kepada mereka keteguhan fikiran, kehadiran hati, kefasihan jawapan dan kelancaran menulis. Peliharalah mereka daripada kelemahan, kegelisahan dan lupa. Jauhkan mereka daripada gangguan fikiran, dan berikanlah ketenangan yang melapangkan dada.

Jadikan peperiksaan ini pintu kebaikan dan kejayaan. Tuliskan buat mereka keputusan yang menggembirakan hati, membanggakan keluarga, dan menjadi balasan indah untuk seluruh usaha mereka.

Akhirkanlah penat mereka dengan permulaan yang lebih baik, dan angkatlah kedudukan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Aamiin.

Sayang Kakak!



Jumaat, 7 Mac 2025

6 RAMADHAN | JUADAH BERBUKA | 7 MAC 2025

Berbuka dengan lauk kupang harini.... wow
Zaujah beli kat kantin
Nasik kerabu ayam
Nasik kerabu daging utk si dia
Kuih muih raikan dak kecit puasa
Ketot tunggu waktu buka haha
Lauk feveret soleh
Teloq dada special utk dak kecit duaorang
MasyaAllah tabarakallah...
Alhamdulillah...

5RAMADHAN | JUADAH BERBUKA | 6 MAC 2025

Alhamdulillah. Syukur. 
Zaujah belikan pecel... Nyum.. nyum...
Bawak balik kari ayam... Nyum nyum...
ada kuih muih
dak kecit nye jugak
teloq dada anak
Belen mee goreng semalam
sayoq smalam
alhamdulillaah
ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design