Hari ini 22/11/2020 genap 2 tahun SOLEH STUDIO berada di arena YouTube. Awal Bismillah Channel Soleh Studio saya wujudkan pada 22/11/2018 untuk menjadi tempat saya mengabadikan lagu-lagu nasyid kegemaran saya agar tidak hilang dari simpanan. Saya menyimpan banyak koleksi nasyid. Dari zaman kaset OVA sampailah wujudnya CD dan MP3. Namun masa menjadi saksi kepada kemusnahan dan kehilangan koleksi tersebut satu persatu.
Saya mula memikirkan satu cara yang lebih selamat untuk menyimpan koleksi yang ada. Pelbagai lokasi simpanan maya saya cuba, namun terdapat beberapa kesukaran terutamanya saiz yang kecil, kesukaran akses untuk dengar lagu tersebut dalam masa singkat dan beberapa masalah lain.
Saya kembali menyimpan koleksi yang masih berbaki ke dalam External hard disk 1TB. Namun, kejadian yang berlaku pada tahun 2018 cukup menyakitkan. Hard disk Western Digital tersebut rosak. langsung tak boleh access.
22 Nov 2018, saya mula membuka akaun Youtube dan cuba memasukkan beberapa video nasyid pertama ;
( https://www.youtube.com/watch?v=Y7uhmOvHVXE )
( https://www.youtube.com/watch?v=XVeNgMF6lOs&t=103s )
Kedua-duanya album SMAKL. Kaset asal rosak dan kemudian hilang entah ke mana. Mujur sempat pindahkan dalam bentuk MP3 guna line in cable ke komputer. Sekarang dah macam-macam teknologi boleh guna untuk transfer dari kaset ke MP3.
Kemudian saya masukkan pelbagai nasyid yang lain. Namun ada masalah lain yang timbul. Isu Copyright. Saya tidak berniat untuk plagiat hasil usaha orang lain. Jauh sekali untuk mengambil kesempatan dengan menjana keuntungan. Saya sendiri tidak mengetahui medium Youtube boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan, walaupun bukan mudah. Namun apa yang saya lebih uatamakan ialah lokasi untuk simpanan maya koleksi saya. Pada masa yang sama saya boleh akses dengan mudah untuk mendengarkannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Kerana takut (sebab tak tahu) saya buang semua lagu yang bertanda copyright claim. Tinggallah beberapa yang ada. Itupun belum buang semua.
Saya simpan dalam bentuk paparan video audiospectrum sagar saya sendiri tidak bosan melihat video tersebut. Pada masa yang sama saya juga dapat berkongsi minat yang sama dengan orang lain.
Menjelang usia yang dah semakin meninggi, timbullah satu kesedaran dalam diri. Lebih baik saya menjadikan medium ini sebagai wadah untuk saya berkongsi sesuatu yang boleh dimanfaatkan dan diamalkan bersama. Sekurang-kurangnya jika saya telah kembali menemui Sang Pencipta yang sangat aku rindui, masih ada sisa-sisa amalan yang masih mengalir. Dan pahalanya juga ku hadiahkan buat ibu bapaku, isteriku dan anak-anakku serta saudara kandungku. Amiin insyaAllah.
Lalu bermulalah perkongsian Selawat, Zikir, Amalan Harian dan Doa-doa untuk diamalkan bersama. Semoga usaha ini diberkati Allah. Lalu Allah melihatnya sebagai salah satu amalan yang mendekatkan diri ini kepadaNya, dan dengan rahmatNya, dimasukkan diri ini ke dalam Syurga FirdausNya tanpa hisab dan azab. Amiin. Moga yang membaca catatan ini juga Allah pandang dengan penuh rahmat dan memasukkan kalian ke dalam Syurga FirdausNya tanpa dihisab dan azab. Amiin ya Rabbal Alamiin.
Wajah Soleh Studio 2020. Sehingga hari ini Subscriber baru 41 orang dengan 51 video. Dengan izin Allah saya akan gandakan usaha untuk memperbanyakkan lagi perkongsian sementara masih ada sisa baki hayat yang Allah pinjamkan. Dengan kesihatan yang tidak beberapa mengizinkan ini (baru kena sakit jantung), saya perlu lebih giat berusaha agar sempat berkongsi video yang bermanfaat untuk semua. Ya Allah berkatilah usaha ini.