Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 4 Januari 2012

Sejarah Kad Pengenalan Malaysia ( Kronologi )

1948 : Kad pengenalan kertas

Pengenalan : Oleh pemerintah Inggeris di Malaya melalui Emergency [Registration Areas] Regulation 1948, bagi membendung ancaman pengganas komunis. Ia juga dikenali sebagai ‘kad beras’ kerana sewaktu catuan makanan pada zaman darurat bermula pada 1948 itu memerlukan bukti pengenalan diri bagi mendapatkan beras.
Pelaksanaan : Digunakan di Semenanjung Malaysia dari tahun 1948 sehingga 1960.
Ciri-ciri : Tujuan untuk keselamatan, tidak bersalut, gambar hitam putih, cap ibu jari kanan sahaja, maklumat asal penduduk, tiada taraf kewarganegaraan.


1960 : Kad pengenalan plastik
Pengenalan : Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) diperkenalkan bagi memperkemaskan lagi sistem pengeluaran kad pengenalan.
Pelaksanaan : Digunakan di Semenanjung dari 1 Ogos 1960. Diperkenalkan di Sarawak pada 30 Mac 1966 dan Sabah pada 1 Jun 1972.
Ciri-ciri : Keselamatan yang baik, bersalut dan diproses secara teragih, empat warna bagi menentukan taraf warganegara, maklumat terperinci, gambar hitam putih, cap ibu jari kiri dan kanan.

1990 : Kad pengenalan bermutu tinggi
Pengenalan : Bagi menggantikan kad pengenalan plastik. Juga dikenali sebagai kad pengenalan bunga raya.
Pelaksanaan : Diperkenalkan pada April 1990.
Ciri-ciri : Keselamatan yang tinggi, gambar hitam putih (1990) dan gambar warna (1999), cap ibu jari kiri dan kanan, maklumat terperinci dan bersalut.


Kad pengenalan pintar
Pengenalan : Kad pintar yang dikenali sebagai MyKad.
Pelaksanaan : Mulai akhir 2000 di Semenanjung dan awal 2002 di Sabah dan Sarawak. Penukaran kad pengenalan bermutu tinggi kepada Mykad adalah secara sukarela dan percuma mulai tahun 2003 sehingga 2005.
Ciri-ciri : Kad pengenalan mempunyai ciri keselamatan tinggi dan berteknologi cip yang kini diperbuat daripada bahan polikarbonat. Pada masa ini, ia memuatkan aplikasi lapan tambah satu (8+1) dalam satu kad.

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design