السلام عليم ؤرحمتؤالله ؤبركتة
Banyak kita dengar perkara bernikah di luar negara. Tak salah kalau ia menepati segala kehendak syariat. Namun sebagai warganegara Malaysia, etika dan undang-undang tidak boleh diketepikan. Sekiranya tidak diambil pusing, masalah akan menimpa diri sendiri di belakang hari.
Jelasnya, mendaftarkan nikah di luar negara adalah perlu, kerana :
1. Mereka Yang Mengambil Skim Pencen….Di Bawah Akta Pencen, Setelah Berlaku Kematian, Maka Pencen Akan Turun Kepada Isteri, Dan Anak Di Bawah Umur 21 Tahun, Anak Angkat Yang Didaftarkan Dll……
2. Antara Dokumen Yang Diperlukan Adalah
i) Salinan Sijil Kematian
ii) Salinan Sijil Perkahwinan / Sijil Pendaftaran Perkahwinan.
Jika Ada Keraguan Status Pendaftaran Nikah Anda...Ia Akan Menyukarkan Keadaan...
Enakmen Keluarga Islam Dari Sudut Prosedurnya Ada Perbezaan Di Antara Negeri Ke Negeri…
Eiii…Nak Kena Nikah Semula Ke???
Walau Bagaimana Pun…Daftarlah Pernikahan Luar Negeri Anda….Ia Termasuk Di Bawah Urusan Perancangan Kewangan , Perancangan Perwarisan Harta…
Dan Secara Pasti, Bila Telah Berlaku Kematian, Termasuk Di Bawah Urusan Pusaka, Walaupun Dari Sudut 'Execution'nya, Ia Tidak Memerlukan Surat Perintah Atau La Atau Probet
Muga Maklumat Ini Membawa Manfaat Dan Yang Belum Berbuat Demikian Mengambil Tindakan Yang Wajar Segera Supaya Apabila Berlaku Kematian / Keillatan Dsbnya…
Waris Yang Berkenaan Tidak Disukarkan
Sumber :
Puan Arfah Haji Abdullah
ARMK Sdn Bhd (893176 A)
Prosedur Pendaftaran Nikah ( Selangor sebagai contoh )
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendaftarkan nikah yang berlangsung di luar negara:
1. Pergi ke Pejabat Agama berhampiran dan dapatkan borang dan arahan pendaftaran nikah asing
2. Isi borang tersebut dengan lengkap, sertakan semua dokumen yang dikehendaki dan kembalikan kepada Pejabat Agama. Senarai dokumen yang dikehendaki berbeza dari negeri ke negeri, tapi sebagai contoh ini senarai dokumen yang diperlukan di Selangor.
3. 2 atau 3 minggu kemudian, pendaftar nikah akan memanggil untuk temuduga
4. Pergi ke mahkamah syariah untuk perbicaraan pengesahan nikah
5. Setelah nikah disahkan oleh mahkamah, pendaftar nikah akan membawa kes "nikah diluar kawasan tanpa kebenaran", poligami tanpa kebenaran" dan sebagainya, ke mahkamah, jika berkenaan. Jika sabit kesalahan, mahkamah akan mengenakan hukuman
6. Setelah selesai semuanya, barulah nikah itu didaftarkan di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan