Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Selasa, 17 Mei 2011

JASA NASYA SIMPAN BUKU KARTUN SAYA BERUSIA 22 TAHUN SELAMA 14 TAHUN




Hari ini tercatat sebuah sejarah antara yang paling besar dalam hidup saya sebagai "kartunis".
Nasya yang lebih mesra saya panggil Din, telah mengadakan sebuah "majlis" gilang gemilang di villa Mawarnya. Dengan hidangan ala-ala royal, majlis dimulakan dengan ucapan ta'zim dan diikuti dengan MOU untuk projek mega yang dijangka bermula tidak lama lagi. Selepas taklimat perincian projek dilaksanakan, penyerahan "Artifak Bersejarah" dilaksanakan dengan penuh istiadat ( istiadat kartun! ).

Salah satu dari artifak yang dimaksudkan .

Antara isi kandung artifak.

Artifak selepas penyerahan.


Rasa sayu dan terharu menyelubungi suasana. Nasya telah menjaga artifak tersebut selama lebih 14 tahun, tanpa ada sebarang cacat cela padanya. "Malah ia kelihatan seperti asal saat saya menyerahkannya kepada beliau pada tahun 1997 dulu", kata saya kepada ACHTUNG!. Artifak tersebut mengandungi hasil-hasil karya seawal tahun 1987 sehingga 1992. Bermakna, ia berusia lebih 20 tahun. Dan selama tempoh dalam simpanan beliau, tidak ada satu karya saya pun diciplaknya!!! Menurut beliau, "saya tak nak kartun ni, tapi saya nakkan orang yang lukis kartun ni!!!", kata Nasya dengan tegas sambil menjeling hidangan piza yang lazat!

Serikandi yang menjadi pendorong perjuangan kami.

Pc tablet yang menjadi senjata bantuan Nasya.

Taklimat modus operandi projek.

Menatap artifak buat kali terakhir.

Saya abadikan pertemuan ini dalam stor ACHTUNG!
Moga jadi penguat silaturrahim, dan pembakar semangat untuk kami terus BERDAKWAH dengan cara kami. Jangan fikir dakwah hanya dengan berceramah dan berusrah semata-mata. Kena sedar, bahawa terdapat 1001 cara HIKMAH dalam berdakwah. Anda dengan cara anda, kami dengan cara kami. Yang penting, matlamatnya satu dan tetap sama destinasinya. Moga diberkati Allah.

Buat Nasharuddin Zainal Abidin, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas jasa menjaga artifak ini. Sehinggakan saya sendiri pun bagai tak yakin dapat simpan sebaik itu. Lagi satu, terima kasih atas "projek" ini! Moga dipermudahkan Allah. Moga kita berjaya!!! Amiin.

2 ulasan:

Sarah ZainalPuteh berkata...

naaaa.teringat ustaz penah lukis gambo kambing kat blakang name tag ana masa form 2 dulu..

selamat hari guru ^_^

zaj berkata...

alhamdulillah, tahniah ustaz. rezeki enta tu.. parttime yg pasti menyeronokkan hidup enta. memg enta minat kan hobi tu.. moga bakat enta allah redhai dan terus bercambah menjadi sebahagian dakwah Islam di malaysia ni...

ana dah bayangkan enta berdiri setanding dengan kartunis2 lain, bezanya, enta kartunis yang bermatlamatkan dakwah islam... syabas ustaz ye...

ana tumpang terharu juga ni..

nak request sikit leh x ? kalau dah publish ape2 nanti nak diskaun maut untuk ana ye... hehehe..

apapun, semoga langkah enta terus diiring oleh rahmat dan redha-Nya...

* napelah ana menaip sambil dgr lagu kitaro enta ni... sejak bile ye mamj minat kitaro ? konfius konfius konfiussooo...

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design