Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Khamis, 4 Februari 2010

Bahaya Kunci

Kunci kenderaan... bahaya tak?
Sekali pandang, memang tak ada apa yang perlu dirisaukan kalau sekadar kunci. Cuma, kalau dibiarkan tak kena tempat, padah yang menimpa bukan sedikit kesannya. Nicholas Holderman terjatuh lalu tersembam pada kunci kenderaan milik ayahnya. Apa yang berlaku boleh dilihat pada foto x-ray di bawah :


Salah satu kunci menembusi kelopak matanya, manakala satu lagi menembusi hingga ke bahagian otaknya. Kecederaan anak warga Amerika ini sangat serius, lalu diterbangkan menggunakan helikopter untuk di hantar ke unit rawatan rapi di sana.



Dengan izin Allah, kanak-kanak ini sembuh seperti sediakala tanpa kecacatan dan doktor menganggapnya sebagai sebuah keajaiban. Bermula dari saat itu, ibu bapa mereka lebih berhati-hati dalam menyimpan sesuatu yang dijangka tidak mendatangkan bahaya.

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design