Timun Laut atau nama glamournya "GAMAT" merupakan sejenis haiwan yang hidup di dasar laut di dalam kelas Holothuroidea. Mungkin bentuk fizikalnya seperti timun, maka ia dikenali sebagai timun laut di sesetengah tempat atau sea cucumber oleh masyarakat asing.
Keistimewaan hidupan yang Allah ciptakan ini tidak dinafikan. Ia sering dijadikan salah satu sumber ubat-ubatan yang penting di rantau ini sama ada dijadikan air ubat, jeli mahupun minyak urut. Hidupan ini mampu hidup walaupun dikerat dua, malah menjadi dua individu baru. Ubat yang dihasilkan dari bahan gamat sering digunakan untuk merawat luka dalaman dan luaran perubatan Melayu.
Gamat adalah kaya dengan protein,asid-asid amino,vitamin,mineral dan juga asid lemak perlu. Gamat juga mempunyai khasiat yang tinggi tetapi tidak mengandungi kolestrol. Ia mengandungi lebih daripada 50 jenis nutrien seperti protein, lemak, gula, vitamin B1, B2, asid nikotinik, kalsium fosfat, zat besi, iodin, vanadium, zink, kalium, kromium, asid benzoid, kondrotin sulfat, asik mukopolisakarida. Kandungan protein dalam bentuk asid-asid amino seperti arginina, sistina dan histina adalah amat diperlukan untuk badan kita kerana merupakan asas kepana pembentukan deosiribonuekleik asid (DNA). Namun spesis gamat @ timun laut yang mana yang dimaksudkan saya tidak dapat untuk kenal pasti. Sesiapa yang ada maklumat bolehlah berkongsi. :D
Terdapat banyak spesis gamat @ timun laut, dari yang cantik sehinggalah ke rupa yang agak pelik.
Tapi tu semua makhluk yang Allah ciptakan yang pastinya bermanfaat untuk kita manusia. Terima kasih Tuhan!
Gamat ini yang lazim kita perhatikan di perairan negara kita, atau yang lazim kelihatan di "Pasar Filipin" di Kota Kinabalu Sabah masa saya menuntut di UMS dahulu.
Cantik sungguh spesis ni kan. Macam bunga.
Gamat yang telah disiang dan dijemur untuk diproses menjadi ubat.
Salah satu jenis gamat/timun laut yang direndam untuk proses seterusnya.
Besaaaaaar Punyaaaa!!!!!
Gambar berikut ni pula menunjukkan antara hidangan yang disediakan daripada timun laut yang entah spesis mana ntah. Hmmm... ada sesiapa berminat?
Setiap sesuatu yang Allah ciptakan ada manfaatnya. Cuma manfaatnya jangan pula disalahgunakan. :D