Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Selasa, 22 Disember 2009

1 GB dulu dengan sekarang

Allah anugerahkan manusia dengan keupayaan akal fikiran. Agar dengannya manusia dapat memanfaatkan untuk memperbaiki mutu hidup agar lebih "sempurna" dan selesa. Dari semasa ke semasa, setiap buah fikiran yang berupa ilham yang Allah berikan diperbaharui sehinggalah dari suatu masa ke suatu masa inovasinya amat jelas kelihatan.

Contohnya kalau kita lihat peranti simpanan data pada tahun 1998 dengan peranti tahun 2005 seperti di atas. Hasil inovasi dan daya fikir manusia, kita dapat menikmati kemudahan-kemudahan ini tanpa kita sedar. Namun adakah ia hasil dari perahan otak umat Islam? Ke mana pergi kehebatan umat Islam dalam sudut inovasi dan penciptaan? Sedangkan suatu ketika dahulu umat Islamlah yang merintis jalan dalam penemuan-penemuan sains dan teknologi. Apakah punca kita kehilangan kehebatan itu sehinggakan setiap penemuan kini didominasi oleh golongan bukan Islam. Semoga Allah izinkan lahirnya generasi umat Nabi Muhammad yang mampu mengembalikan kedaulatan Islam.

Sumber gambar : www.utheguru.com

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design